Posts

KELAS COKLAT

Image
Kelas pembuatan coklat kali ini telah dihadiri oleh dua sekawan dari Sabak Bernam, Selangor.  Kelas telah diadakan pada 30hb Julai 2011 yang lalu, iaitu kira-kira dua hari lagi kita semua dah nak menyambut bulan Ramdhan Al Mubarak.  Jauh perjalanan mereka mencari ilmu akhirnya ketemu di Shah Alam.  Dalila dan kawannya Yan. Dalila nie merupakan seorang guru yang mendidik anak-anak istimewa di salah sebuah sekolah rendah di Sabak Bernam.  Seronok mendengar cerita dari Cikgu Dalila nie.  Akak tabik springlah dengan cikgu2 yang mengajar dan mendidik anak2 istimewa nie, dimana mereka memerlukan kesabaran tahap gaban. Lihatlah hasil kerja dua rakan baik nie, Yan dengan ilham seninya, manakala Dalila pula dengan kemeriahan warna-warna yang dilakarkan.  Hasilnya? cantik dan unik sekali.  Mudah-mudahan Cikgu Dalila dan Yan dapat menafaatkan ilmu coklat ini dan menjadikannya sebagai pendapatan sampingan.  Terima kasih daripada Sweet Homemade! untuk ...

Hello!!! Apa kabar semua?..

Image
Assalam semua!..  Wah lama bebenor tidak keudara..  apa yang terjadi?  masih 'membaking lagi tak nie?..  itulah antara pertanyaan dan soalan-soalan dari follower Sweet Homemade. .. Sorrylah kerana senyap tanpa ada apa-apa entry..  bukannya tak ada aktiviti membaking..  Tapi itulah rezeki,  sekali Allah nak memberi tak kira bila dan ketika..  Alhamdulillah, memang agak sibuk  (memang pun sibuk) dengan tempahan yang diterima serta di waktu siangnya pula sibuk dengan urusan di pejabat dan kelab. Okaylah jom kita layan gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang kehilangan akak dilaman ini tempoh hari... Coklat hantaran ini diminta oleh seorang Pensyarah KUIS yang terletak di bandar Nilai, Negeri Sembilan sempena dengan majlis perkahwinan beliau yang telahpun berlangsung pada Julai yang lalu.  Yg empunya pesanan telah meminta agar dibuatkan coklat yang mempunyai dua tone warna iaitu pink dan baby blue.  Bila dah siap semuanya...

Selamat Bersara Encik Zainal Shukor

Image
Vanilla sponge cake seberat 1.5kg dengan fresh cream dan juga buah peach. Majlis telah diadakan pada hujung minggu lepas untuk meraikan seorang senior yang akan bersara setelah berkhidmat selama 21 tahun. hot from my oven

Carrot, Strawberry and Choc Chips Cuppies

Image
Sebanyak 150 biji cup cakes telah disediakan oleh  Sweet Homemade!  bersempena dengan majlis Hi Tea di ofis ct tempoh hari.   Cupcakes yang telah disediakan adalah 50 biji carrot cupcakes dengan topping coconut cream cheese, 50 biji strawberry cupcakes dengan fresh strawberry dan 50 biji chocolate chip cupcakes dengan chocolate ising.   nota kaki:  "terima kasih kepada semua atas compliment yg diberi dan terima kasih kerana suka dgn rasa cupcakes Sweet Homemade! .  Insya Allah akan buat yg terbaik." hot from my oven

Happy Birthday Qilla & Husna

Image
1.8kg Chocolate Moist Cake dengan Ganache topping special order untuk Birthday Qilla yang ke 11 tahun dan juga abangnya Husna yang ke 16 tahun.  Terima kasih kepada Puan Hjh Noraini Othman dari apartment Ilham, TTDI Jaya- jiran setaman nie. Nota kaki:  "tak sempat nak rasa, habis licin kek tu budak-budak tu makan, malah tak cukuplah pulak! sebab sedap sgt2.." hot from my oven

Strawberry Cuppies

Image
Terima kasih Che Salina yang telah berulang kali order cup cakes dari Mayangcupcakes!   Kali ni Che Salina minta dibuatkan cup cakes berperisa strawberry dengan isingnyer pun rasa strawberry.  Setiap kali Che Salina order cup cakes dari Mayangcupcakes! , beliau mesti meminta supaya diletakkan nama anak-anak beliau diatas kek, wajib! katanya. Apa-apapun... terima kasih Ina! hot from my oven

American Rich Chocolate Cup Cakes

Image
American Rich Chocolate cuppies -  dipesan oleh Puan Hjh Noriwan dari Taman TTDI Jaya, Seksyen U2, Shah Alam untuk dibawa ke asrama anak beliau di Seksyen 10, Shah Alam. Terima kasih yer Wan! hot from my oven