Posts

Showing posts from June 9, 2010

One Thousand and Four Hundred pieces Mix Muffins!!

Image
Memang senang sangat berurusan dengan Lily nie.  Hantar email, tanya harga dan terus setuju.  Lily minta sebanyak 700 pack yang didalamnya ada dua biji mixed muffins.  Jadi keseluruhan totalnya ialah satu ribu dan empat ratus biji mini muffins.  Memang mencabar kesabaran dan ketahanan mental semasa proses membaking muffin-muffin nie.  Walau bagaimanapun, akhirnya ct dengan dibantu cik abang yang begitu setia membantu selesai membakinng, packing dan akhirnya menghantar muffins-muffins yang comel-comel lagi sedap nie ke majlis Lily pada malam 4hb June 2010 yang lalu.  Didalam gambar-gambar yang dipaparkan ini anda bole lihat setiap satu kotak mengandungi seratus pack kecil didalamnya.  Terdapat tujuh kotak semuanya untuk menempatkan 1,400 biji mini muffins.  Oh ya, dulu Lily pernah order coklat dari Sweet Homemade!  untuk majlis pernikahannya..  (cerita pasal nie ada kat dlm website Sweet Homemade! ) dan kali ini Lily repeat order dengan mini muffins pulak.  Jom layan tengok gambarnyer.