Posts

Showing posts from December 29, 2010

Four Thousand Pieces Praline Chocs & 800 pieces Oreo Chocs & 3,000 pcs mini muffins!

Image
Ini adalah sebahagian daripada gambar-gambar yang sempat kami rakamkan semasa penyediaan door gift sempena hari perkahwinan anak lelaki ct yang telah berlangsung pada 19hb Disember 2010 yang llalu.  Sebanyak 4,000 biji choklat telah berjaya dihasilkan dan sebanyak 800 biji choklat oreo dengan warna temanya ialah warna pink dan purple dan tidak ketinggalan mini muffins sebanyak 3,000 biji.  Alhamdulillah, pada hari perkawinan, tetamu telah diberi dengan choklat2 serta mini muffins hasil air tangan ibu pengantin sendiri.  Bukan sahaja door gift diperbuat daripada choklat, malah bunga paharnya juga dihiasi dengan choklat-choklat yang sedap dan enak dimakan!. Pink dan Purple menjadi warna tema Majlis Persandingan Mohd Amin Zakri Azman dan pasangannya Farikha Sarip Choklat Oreo yang yummy yummy! diberikan kepada setiap para tetamu yang hadir pada hari tersebut. 4 sekawan... yang ini cenderahati untuk keluarga pengantin perempuan serta saudara mara yang hadir. hot from my oven

Two Hundred Pieces Mixed Mini Muffins

Image
Lamanya tak meng'update' laman rumah nie.  Sibuk yang teramat dengan preparation anak nak kawin dan jugak dengan order2 yang masuk mencelah.  Alhamdulillah, walau tengah sibuk bagai tak cukup putaran jam, sempat jugak menyiapkan beberapa tempahan dan pesanan yang diterima. Terima kasih pada Ina, dari Damansara atas pesanan 200 biji mixed muffin dan 100 biji cuppies dengan perisa coklat bersempena dengan majlis pindah rumah baru pada November 25 yang lalu.  Baru ari nie dpt meng'up loadkan gambarnyer. Terima kasih dan mudah2an Ina berpuas hati dengan cuppies dan muffin yang diminta. hot from my oven