Terima Kasih Staff Nurse Nor Sa'adah
Actually hantaran chocolate nie telah disiapkan dan dihantar kepada empunya badan pada hari Ahad lepas, 11hb April 2010 yang lalu. Staff Nurse Nor Sa'adah dari Hospital Ampang minta disiapkan 35 biji chocolate dari 'Premium Selections' untuk dijadikan sebagai hantaran pertunangan anak saudaranya di Raub, Pahang. Dengan pelbagai design, bentuk, serta empat jenis flilling dan penuh warna warni (spt yang diminta) benar-benar membuat Nor Sa'adah teruja dan ini antara katanya sambil mata tak lepas memandang ke kotak chocolate. "Kak.. cantiknyer.. very colorfull.. comel plak tue. Mesti sedap nie!" Alhamdulillah, orang yang memesan suka dan berkenan dengan coklat yang telah dihasilkan nie. Jom layan! Mudah2an ikatan pertunangan ini akan berakhir ke jinjang pelamin dan seterusnya berkekalan hingga keujung nyawa. hot from my oven