Posts

Showing posts from April 11, 2010

TESTIMONI - Terima kasih semua

Image
Baru kejap tadi terima sms dari Nor (yg order 35 pcs chocs dari Gurun, Kedah tu..).  Dalam sms yang dikirim "Choc baru sampai ari nie.  Sedaplah choc yg akak buat ni.  Saya bg husband makan, dia pun puji sedap.  Tq, lain kali boleh order lg." Alhamdulillah, itu sahaja yang dapat ct ucapkan kiranya rasa coklat yang dibuat dengan tangan di rumah (home and handmade.. betulke definasi nie..  maaf yek org2 DBP kalau tersilap penggunaannyer.. hehehe) dan terima kasih pada semua yang telah memesan produk dari Sweet Homemade .   Terima kasih diatas sokongan anda semua.  Tanpa anda.. Sweet Homemade tidak dikenali!.  Sayang awak semua.. hot from my oven

Thank You Ann - Putrajaya

Image
Order kali ini ialah dari Ann yang duduk di Putrajaya Percint 12.  Ann order 150 mixed muffins (i.e. vanilla dan choco chips) serta 70 batang lolichoc pelbagai warna, perisa dan bentuk bersempena dengan sambutan hari lahir anaknya pada hari Sabtu semalam 10 April 2010.  Ann nie ialah kenalan kepada anak ct.  Masa pergi hantar, cuaca tak begitu riang (hari nak hujan pagi tu).  Ct tak jumpapun dengan Ann nie sebab yang menghantar pesanan nie cik abang kita.  Malam tadi Ann mengirim satu sms antara lain katanya: "thanks, da choc are awesome, thanks.  Next time bole oder lagi!"   Alhamdulillah, kiranya pesanan yang diterima menepati citarasa dan kehendak orang yang memesan..  syukur..   close up view sebelum dibungkus.   Dan yang ini setelah siap dipacking. hot from my oven

Happy Secretaries Week!!

Image
Entry kali nie, kita lari sket dari cerita coklat yer.. Sibuk hingga terlupa nak share dengan kengkawan pasal Minggu Setiausaha yang baru saja berlalu minggu lepas.  Ct pun tak ketinggalan celebrate Secretaries Week  nie bersama teman-teman sekerja.  Tahun nie, kami dijamu dengan persembahan 2 Diva hebat, iaitu Anita Sarawak dan Dato' Sheila Majid di Sime Darby Park Convention Centre, Kuala Lumpur.  Harga tiket RM400++(hehehe ticket sponsored by Company, ok tak?), lunch pun not bad, kenyanglah perut sampai besok pagi.  Dan menambahkan 'best' nyer pada celebration tahun nie ialah si handsome jejaka Malaya .. Fahrin Ahmad.  Eventhough Fahrin nampak mcm kena baca skrip waktu mengacara, kita orang terhibur gaklah dgn senda gurau Fahrin and dia nie tak kisah pun bila kita ajak bergambar.. very the mesra alam you! and nak tahu tak, kat sana Ziana Zain pun datang gak tengok Anita dgn Sheila nyanyi..  Tertanya-tanya gak, kak Nita tu dah 57 tahun, tapi...