Posts

Showing posts from October 17, 2010

Birthday Chocolate Card for Lin!

Image
Happy Belated Birthday Lin!  Better late than never kan? Auntie ucapkan moga panjang umur, sihat tubuh badan dan jadilah anak yang solehah. hot from my oven

Chocolate Hantaran

Image
Coklat hantaran ini dipesan oleh cik Normie Hj Sharif untuk majlis pertunangan beliau pada 17hb Oktober 2010.   Diperbuat daripada keseluruhannya coklat berperisa strawberi dan diisi dengan coklat bentuk 'heart' perisa original dan rose design berperisa orange dengan ungu sebagai base colour menjadi pilihannya.  Mudah2an ikatan pertunangan beliau akan diakhiri dengan satu ikatan perkahwinan yang kekal abadi.  Amin hot from my oven

Cupcakes Orange untuk Didie

Image
Didie jiran sebelah rumah minta dibuatkan cupcakes sebagai hantaran pertungan adik Didie yang telah berlangsung pada 10hb Oktober yang lalu.  Ramai betul yer orang yang bertunang dan berkahwin pada tarikh tersebut.  Iyalah tarikh cantik kan..  Dengan bertemakan warna oren, nampak meriah dan ceria cupcakes yang dihasilkan.  Didie juga minta cupcakes untuk dimakan..  Emm  yummy-yummy kata Didie rasa cupcakes yang dipesan extra untuk makan-makan.  Terima kasih yer Didie atas compliment tu dan terima kasih juga sebab berurusan dengan Sweet Homemade! hot from my oven

Cup Cakes dan Coklat Hantaran untuk Nazmie

Image
Dengan bertemakan warna kuning keemasan, En Nazmie dari Puchong, minta dibuatkan cupcakes serta coklat sebagai hantaran pertunangan adiknya pada 10hb Oktober 2010 yang lalu.   Dari feedback yang diterima, keluarga En Nazmie amat berpuashati dengan cupcakes serta coklat yang telah dihasilkan oleh Sweet Homemade! .  Terima kasih daun keladi, nanti majlis kenduri bole pesan lagi.. hot from my oven

Terima kasih Yurni

Image
Terima kasih Yurni diatas pesanan 300 biji mini muffins untuk jamuan sambutan hari raya aidil fitri dipejabat suami beliau tempoh hari.  Yurni  merupakan teman lama dipejabat ct dulu, sekarang dah tak kerja satu bumbung, lama tak bersua, tetiba ditemukan diruang sembang FB..  terima kasih ye FB sebab menemukan semula teman dan rakan yang dah lama tak jumpa serta sekligus menyambung semula ikatan persahabatan yang dah lama terputus.  Dan juga memberi rezeki kepada kami. hot from my oven

Birthday Bash with Lovely Lolies

Image
Terima kasih Puan Roszalina dari Tmn Sri Gombak, yang telah memesan 100 lolies pelbagai design untuk majlis sambutan hari jadi anak beliau pada 3hb Oktober yang lalu.  Harap birthday princess dan ibunya suka dan berpuashati dengan coklat dari Sweet Homemade! . hot from my oven