Inilah kek idaman hati anak dara akak yang sorang tu. Hendak sangat-sangat makan kek banana indulgence, kebetulan semasa akak ke Tesco ari tu, nampak pisang yang cantik cantik jual kat situ, akak pun beli. Ingat nak makan mentah macam tu aje, sebab akak nie memang peminat pisang no 1! hahahha jangan tak tahu.. tak kira lah pisang goreng ke, pengat pisang ke, lepat pisang ke, cekodok pisang ke.. memang habis kena makan.. Tapi, dek kerana permintaan anak, mamanya turutkan aje.. Anak kan...! Yang nie kita dah make upkan dia sikit.. letak permata merah supaya lebih ceria.. Yang nie, bahagian dalam kek setelah dipotong untuk dimakan.. Yang coklat muda tu, akak letak coco moose, dan ditengah tengah coco moose tu, akak letakkan pisang yg yummy tu. Cer fokus kat salutan coklat pada kek tu.. tebal kan?... haha macam tu jugaklah kalau akak menyalut kek coklat akak yang lain.. puas makan coklat. Tak manis, sedap aje...