Posts

Showing posts from August 18, 2011

KELAS COKLAT

Image
Kelas pembuatan coklat kali ini telah dihadiri oleh dua sekawan dari Sabak Bernam, Selangor.  Kelas telah diadakan pada 30hb Julai 2011 yang lalu, iaitu kira-kira dua hari lagi kita semua dah nak menyambut bulan Ramdhan Al Mubarak.  Jauh perjalanan mereka mencari ilmu akhirnya ketemu di Shah Alam.  Dalila dan kawannya Yan. Dalila nie merupakan seorang guru yang mendidik anak-anak istimewa di salah sebuah sekolah rendah di Sabak Bernam.  Seronok mendengar cerita dari Cikgu Dalila nie.  Akak tabik springlah dengan cikgu2 yang mengajar dan mendidik anak2 istimewa nie, dimana mereka memerlukan kesabaran tahap gaban. Lihatlah hasil kerja dua rakan baik nie, Yan dengan ilham seninya, manakala Dalila pula dengan kemeriahan warna-warna yang dilakarkan.  Hasilnya? cantik dan unik sekali.  Mudah-mudahan Cikgu Dalila dan Yan dapat menafaatkan ilmu coklat ini dan menjadikannya sebagai pendapatan sampingan.  Terima kasih daripada Sweet Homemade! untuk mereka berdua. hot from my oven