Posts

Showing posts from August 10, 2010

Marhaban Ya Ramadhan!

Image
Syukur Alhamdulillah, kita diberi peluang oleh NYA sekali lagi untuk bersama-sama menyambut dan meraikan kedatangan Ramadhan Al Mubarak.  Bulan yang kesembilan dalam kalender Hijrah.  Bulan yang menjanjikan seribu macam gandaan pahala dan ganjaran.  Bulan yang cukup istimewa diantara bulan-bulan yang lain. Dikesempatan ini, ct menyusun jari sepuluh memohon maaf kepada semua yang pernah berurusan dengan ct mahupun secara langsung atau tidak, kiranya terkasar bahasa waktu bicara dan ada hati yang terluka, maaf jua yang dipinta.  Muga dengan kemaafan yang dihulurkan sesama kita akan membuatkan kita lebih tenang menjalani ibadah yang mulia ini.  Marilah kita bersama berjanji pada diri bahawa kita akan melakukan ibadah yang terbaik lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.  Insya Allah. Selamat Menjalani Ibadah Puasa dan Solat Tarawikh dimalam Hari serta banyakkanlah bersedekah.. hot from my oven