Happy Secretaries Week!!





Entry kali nie, kita lari sket dari cerita coklat yer.. Sibuk hingga terlupa nak share dengan kengkawan pasal Minggu Setiausaha yang baru saja berlalu minggu lepas.  Ct pun tak ketinggalan celebrate Secretaries Week nie bersama teman-teman sekerja.  Tahun nie, kami dijamu dengan persembahan 2 Diva hebat, iaitu Anita Sarawak dan Dato' Sheila Majid di Sime Darby Park Convention Centre, Kuala Lumpur.  Harga tiket RM400++(hehehe ticket sponsored by Company, ok tak?), lunch pun not bad, kenyanglah perut sampai besok pagi.  Dan menambahkan 'best' nyer pada celebration tahun nie ialah si handsome jejaka Malaya .. Fahrin Ahmad.  Eventhough Fahrin nampak mcm kena baca skrip waktu mengacara, kita orang terhibur gaklah dgn senda gurau Fahrin and dia nie tak kisah pun bila kita ajak bergambar.. very the mesra alam you! and nak tahu tak, kat sana Ziana Zain pun datang gak tengok Anita dgn Sheila nyanyi..  Tertanya-tanya gak, kak Nita tu dah 57 tahun, tapi energeticnya mengalahkan singer yang nyanyi masa malam ABPH hari tu.  Dia punya gaya dan lontaran vokalnya begitu bertenaga.  Aduyai kak Nita, rasa nak cubit pipi kak Nita yang montok tu! Sheila Majid spt biasa, memang Diva!


hot from my oven