Four Thousand Pieces Praline Chocs & 800 pieces Oreo Chocs & 3,000 pcs mini muffins!

Ini adalah sebahagian daripada gambar-gambar yang sempat kami rakamkan semasa penyediaan door gift sempena hari perkahwinan anak lelaki ct yang telah berlangsung pada 19hb Disember 2010 yang llalu.  Sebanyak 4,000 biji choklat telah berjaya dihasilkan dan sebanyak 800 biji choklat oreo dengan warna temanya ialah warna pink dan purple dan tidak ketinggalan mini muffins sebanyak 3,000 biji.  Alhamdulillah, pada hari perkawinan, tetamu telah diberi dengan choklat2 serta mini muffins hasil air tangan ibu pengantin sendiri.  Bukan sahaja door gift diperbuat daripada choklat, malah bunga paharnya juga dihiasi dengan choklat-choklat yang sedap dan enak dimakan!.
Pink dan Purple menjadi warna tema Majlis Persandingan Mohd Amin Zakri Azman dan pasangannya Farikha Sarip



Choklat Oreo yang yummy yummy! diberikan kepada setiap para tetamu yang hadir pada hari tersebut.

4 sekawan...
yang ini cenderahati untuk keluarga pengantin perempuan serta saudara mara yang hadir.

hot from my oven