Hello!!! Apa kabar semua?..

Assalam semua!..  Wah lama bebenor tidak keudara..  apa yang terjadi?  masih 'membaking lagi tak nie?..  itulah antara pertanyaan dan soalan-soalan dari follower Sweet Homemade...

Sorrylah kerana senyap tanpa ada apa-apa entry..  bukannya tak ada aktiviti membaking..  Tapi itulah rezeki,  sekali Allah nak memberi tak kira bila dan ketika..  Alhamdulillah, memang agak sibuk  (memang pun sibuk) dengan tempahan yang diterima serta di waktu siangnya pula sibuk dengan urusan di pejabat dan kelab.

Okaylah jom kita layan gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang kehilangan akak dilaman ini tempoh hari...



Coklat hantaran ini diminta oleh seorang Pensyarah KUIS yang terletak di bandar Nilai, Negeri Sembilan sempena dengan majlis perkahwinan beliau yang telahpun berlangsung pada Julai yang lalu.  Yg empunya pesanan telah meminta agar dibuatkan coklat yang mempunyai dua tone warna iaitu pink dan baby blue.  Bila dah siap semuanya..  Wah!  cantiknya combination nie, dan ditambah pulak dengan ciffon ribbon yang diikat kemas dan cantik.  Mudah-mudahan rumah tangga yang dibina atas dasar cinta ini akan berkekalan hingga ujung nyawa..  Aminnn...

Ini adalah sebahagian daripada muffins yang ditempah oleh Puan Zaidatul dari Taman TTDI Jaya untuk dibawa pulang ke Terengganu untuk dijadikan door gift sempena dengan majlis perkahwinan anak saudara perempuannya pada Julai yang lalu.  Dua hari selepas itu, Puan Zaidatul tempah lagi muffin untuk saudara-maranya pulak yang suka sgt dengan rasa muffin Sweet Homemade dan selang beberapa hari lagi Puan Zaidatul tempah lagi dan lagi.. hehehhe  seronok sungguh berurusan dengan Puan Zaidatul nie.  Mana taknya,  bila-bila masa aje dia call nak muffin, kami di Sweet Homemade tak pernah mengecewakannya..  walau singkat manapun masa yang diberi, namun Insya Allah, kami berusaha sedaya mungkin merealisasikan apa yang dipesan.  Alhamdulillah, setakat ini Puan Zaidatul amat berpuas hati dengan rasa mini muffin yang sedap dan sudah semestinya muffin nie freshly bake! and it is still hot from my oven when we deliver to you!

Dan yang ini pula dipesan oleh rakan sekerja ct iaitu Puan Julie Teoh - Pengurus Kewangan .  Coklat Moist cake size kecil comel yang kaya dengan rasa coklat berkrim...  Sedap! itu katanya tika kami bertemu keesokkan harinya dan katanya nanti Raya Cina, nak order lagi...  

Layered Durian Cream Cake!

Emmm yummy-yummy dengan rasa durian kampung yang pure..  Kek durian yang berasaskan kek sponge vanilla seberat 1.7kg sebagai base kek ini telah diminta oleh Puan Hamimah dari Saujana Putra, Puchong.  Kata Mim, nak jamu mak dan bapa mertua yang datang ziarah kerumah beliau pada hujung minggu Julai nan lalu iaitu sebelum umat islam menyambut Ramadan.
Kata Mim lagi, "sedap sungguh kek nie, dengan rasa durian yang kaya dan lembutnya.."  Sedap lah, semua orang suka,  Alhamdulillah.. 

okaylah sampai sini dulu yek.. masih ada banyak lagi citer dan gambar-gambar yang belum di up loadkan lagi.. esok-esok kita sambung k!

Kepada semua terima kasih diatas sokongan anda kepada Sweet Homemade!   Terima kasih daun keladi!
 hot from my oven