Terima kasih semua!

Masih lagi berada didalam kemeriahan sambutan Syawal.  Sana-sini sibuk dengan jemputan open house.  Naik letihs akak nie makan, makan dan makan... Alhamdulillah sebab kawan2 masih ingatkat akak nie.  (bulan posa hilang 2 kg.. aleh-aleh sempena dgn pesta makan masa raya nie, tambah sekilo lagi! adeh.. tak ader maknernyer pun!!).

Apa-apapun, terima kasih kepada Norjaslina dari Bandar Baru Bangi yang telah memesan Chocolate Moist (repeated order kali kedua nie), Cheese Cakes dan juga Chocolate coated Mini Muffins.  Puan Jaslina nie teman sekerja cik suami akak.  Suka sangat dengan kek chocolate akak membuatkan Jas (panggilan manja) order sekali lagi untuk majlis rumah terbuka beliau hujung minggu lalu.

Oh yer, sebelum tu ada beberapa order dari teman-teman sekerja cik suami..  Tetiba aje mini muffin nie menjadi kegemaran dan kesukaan anak-anak teman seofis cik suami.  Terima kasih yer Puan Harliza yang sering 'order' muffin dari Sweet Homemade!  Kali nie, Liza minta 100biji mini muffins - vanilla & chocolate chips.  

Tidak lupa juga kepada Puan Wan yang juga telah memesan sebanyak 100 biji mixed mini muffins.  Katanya nak buat makan-makan sempena hari raya.  Terima kasih yer Wan sebab lepas dua hari Wan order sekali lagi 50 biji lagi katanya muffin yang diorder ari tu tak cukup..  Terima kasih daun keladi!

Dan yang nie pulak order dari Puan Marina dari Percint 7, Putra Jaya.   Beliau juga memesan sebanyak 100 biji muffin chocolate untuk dijamu kepada tetamu sempena 'open house' rumah beliau pada 26 Oktober yang lalu.  Pada 28hb beliau sekali lagi order 200 biji muffin chocolate dan kali ini beliau nak bawa ke sekolah anaknyer pulak.  Terima kasih banyak2 yer Marina..  next bole order lagi dari Sweet Homemade!









Dan yang ini pulak pesanan dari Puan Ruby Kassim , sepupu cik suami kita yang menetap di Percint 10, Putrajaya.  Ruby telah memesan 2 biji Carrot Cake, sebiji Chocolate Moist dan 200 biji mixed mini muffin. 
Majlis telah diadakan pada 26hb Oktober yang lalu. (banyak majlis kita org kena pergi ari tu.. masak kek pun macam marathon!). Majlis diadakan kerana memperingati pemergian insan-insan tersayang dalam keluarga







Alhamdulillah...  memang macam marathon memasak kek dan muffin hujung minggu lepas..  Apa-apa pun kami di Sweet Homemade! mengharapkan semua pelanggan-pelanggan Sweet Homemade! berpuas hati dengan hasil kerja dari kami dan muga urusan ini akan berterusan hendaknya..  Aminnn...


hot from my oven