Salam Aidil Fitri

Salam sayang dan salam Aidil Fitri buat semua diluar sana!.. wah.. lamanya tak masuk ke sini.  Habis berabuks sana sini nih!  Jap yek... nak mengelap, mengemop lantai dan menyusun atur sweet homemade nie..  Oleh kerana kita nie masih lagi berada dibulan Syawal yang mulia ini, bulan meraikan kemenangan kita, ct menyusun sepuluh jari memohon maaf dari hujung tudung hingga kehujung kasut kepada semua yang pernah berurusan dengan Sweet Homemade kiranya terdapat bual bicara dan senda gurau yang mengguris hati dan perasaan..  kadangkala kita tak perasan.. kita ingat bergurau, tetapi sebenarnya kata-kata kita menggguris dan menghiris hati orang.  Maaf yer..

Memang lama sungguh, tak menjengah untuk meng UPDATE Sweet Homemade.  Sampai anak2 dan teman2 yang follow Sweet Homemade tertanya-tanya... mana perginya mama nie..  hehehehe... ct ada disini, tak kemana pun..  cuma aktiviti semasa bulan ramadahan yang lalu, agak terbatas dan sibuk sedikit..Iyalah siangnya ke pejabat, malamnya pulak ke masjid bersolat tarawikh..  dan dicelah-celah kesibukan itu, terselit gaklah menyiapkan order-order dari teman untuk musin raya yang baru nie..  Jom layanz...
this lovely lolies was ordered by Mila for her son's  12th birthday celebration. Mila order jugak 300pcs muffins (oopss gambarnyer lupa lak nak snap!) untuk diberikan kepada teman anak-anaknyer yg bersekolah di Taman Seri Gombak.  Oleh kerana celebrationnya jatuh dibulan puasa, semua nya telah siap dipack masuk dalam paper bag menanti untuk dimakan bila berbuka.  Anyway, terima kasih Mila dan Happy Birthday buat birthday boy!


Dan yang ini pulak ordered by Puan Niela dari Wangsa Melawati bersempena dengan birthday puterinya yang ke 9 tahun.  Birthdaynya jatuh pada 23hb Ogos yang lalu. Puan Niela mintak 50pcs lolies pelbagai design untuk diberikan kapada teman-teman sekolah anaknya.  Sorrilah masa menghantar ari tu, terlewat 15 minit Puan Niela terpaksa menunggu. Jalan jem giler waktu tu, agaknya orang sibuk nak bershopping raya..

Okay habis sudah entr untuk birthday chocolate..  kita layan plak pesanan-pesanan yang Sweet Homemade terima sempena dengan kedatangan Aidil Fitri yang baru lalu..


Marble Cake untuk SheemaFruit cake untuk Puan Hjh EsahAfrican Marble untuk Anas - Sunway, Petaling
Jaya
Coklat Marble Cake untuk Puan Zuraidah - Kampung Melayu, Ampang
Butter Marble Cake untuk Leeya - Kota Damansara.
Moist Choc Cake untuk Puan Azizah, Taman Rahman Putra, Shah Alam
Moist Choc untuk En Anas - Sunway, PJDan yang ini, dah siap ikat lupa nak amik gambarnye..  kat dalam tu ada African Marble Cake dan American Rich Chocs untuk Puan Azleen dari Kg Kayu Ara, Damansara.

Kepada semua yang telah memesan dan gambarnya tak diuploadakan lagi kat sini, sabarnyer.. Insya Allah ct akan uploadkan gambar-gambar yang lain.  Nie nak berhenti jap ka.. cik abang dah bising sebab kita orang nak g beraya kat umah kawan.. ari nie aje ada dua buah rumah nak pergi..  esok?...  hehehe tak payah masak lagi!  okay hingga bertemu kembali!  Sayang awak semua!!






hot from my oven