KLFI - KL FRANCE INTERNATIONAL SCHOOL'S CARNIVAL

Pada 19hb Jun yang lalu, didalam kesibukan dan kekalutan menyiapkan pesanan-pesanan yang diterima, Sweet Homemade telah dipelawa untuk menyertai satu carnival sekolah antarabangsa di ibu kota.  Bertempat di KL France International School, Sweet Homemade telah diberi sambutan yang amat menggalakkan dari pengunjung-pengunjung yang datang pada hari tersebut.  Pengunjung-pengunjungnya adalah terdiri daripada student-student Perancis serta parents mereka yang datang dari merata negara.  Ada yang comel dan tak kurang juga yang handsome-handsome..  Yang putih, yang hitam ada belaka!.  Disaat-saat akhir carnival tamat, booth Sweet Homemade telah menjadi tumpuan mereka kerana kami mengadakan jualan lelong!.  Oh yer, lupa plak nak citer produk yang kita bawa untuk dijual..  hehehehe.. excited punyer pasal sampai terlupa..  Sweet Homemade menjual Oreo Chocolates pelbagai design, Praline Chocolates, Mini Muffins, Carrot Cake serta Chocolate Moist (paling awal habis).  Jom kita tengok gambar2 yg sempat kami rakamkan sebagai terjemahan apa yang kami lalui pada hari kejadian.







hot from my oven