Terima Kasih Hanim

Hanim membuat tempahan seawal sebulan yang lalu untuk birthday anak lelaki nyer yang ke sembilan tahun.  Anak Hanim nak celebrate birthdaynya pada tahun ini bersama teman-teman sekolahnya. Hanim minta dibuatkan sebanyak 50 batang lolies pelbagai design dengan perasa strawberry dan orange.

Sewaktu menyerahkan lolies yang telah siap dipacking, Hanim nampak gembira dan teruja dengan penampilan (chewah..!!)  lolies dari Sweet Homemade!.  Ini merupakan order yang ketiga dari Hanim.  Sebelum ini, Hanim memesan mini muffins dan coklat moist untuk birthday anaknya.  Anyway, terima kasih banyak Hanim sebab repeat order dari akak yer!.


 hot from my oven