Thank you Norazlin - Bdr Bukit Beruntung

Alhamdulillah, selamat menyudahkan pesanan yang tetiba aje masuk...  Nak ditolak, tak sampai hati.  Sebabnyer nie teman sekerja cik abang kita, nak diterima plak, bimbang tak tergapai dek tangan nak melakukannya kerana ada lagi pesanan2 yg terdahulu masih belum disiapkan..  Tapi kan motto Sweet Homemade ialah "NEVER SAY NO, NEVER SAY NEVER!" dan akhirnya dengan rasa seronok dan ikhlas terimalah gak pesanan nie dari Puan Norazlin.  Menurut Norazlin, yang meminta 100pcs vanilla mini muffin dan 100pcs chocs bentuk heart dan diwarnakan biru ini (muffin pun dia nak warna biru! errr ??) adalah pesanan daripada majikannya untuk diberi sebagai 'door gift' sempena dengan upacara akikah dan cukur jambul cucunya pada hari Sabtu 1hb May 2010 yang lalu ..  Tadi menurut kata cik abang kita, chocholate dari Sweet Homemade amat menarik hati tuan rumah dan mereka pun sgt berpuas hati dengan mutu, kualiti serta rasa mewah chocolate serta muffin yang comel tu.. 



mini muffin yang gebus sebelum dipack.

Blue heart shape chocs berbaris sebelum dipack berdua-duan dengan muffin.


Dan ini dah ready untuk delivery..




Kepada Norain terima kasih kerana percaya kepada Sweet Homemade utk merealisasikan pesanan tuan rumah.  Dan kepada tuan rumah terima kasih daun keladi, esok2 ada event lagi bolelah ingat kat Sweet Homemade!


hot from my oven