Sibuknyer dia..

Minggu yang amat memenatkan..aduhai.. macam-macam kejadian yang berlaku diantara ruang waktu.  Sibuk? semua orangpun sibuk, cuma tahap kesibukan itu sahaja yang membezakan sibuk dengan tidaknya kita dengan orang lain..  dipejabat sibuk mengemas segala macam tok nenek dokumen (maklumlah ada dokumen yg terperap hampir 20 tahun dlm cabinet, malah tulisan kat kertas tu pun dah tak nampak ape bendanyapun!).   pungah punya punggah.. tergeliat gaklah urat belikat nie.  Balik ke rumah pulak, sibuk dengan order dari teman-teman..  Alhamdulillah, semuanya selamat sempurna dikendalikan dengan jayanya.  Time management is very important.  Kalau tak pandai menyusun dan mencuri waktu, memang parah..  

Syukur Alhamdulillah, cik abang serta anak-anak sume memahami mamanya yang seorang ini.  Mama yang sentiasa sibuk tetapi masih ada waktu untuk mereka..  Okey melalut dah sampai kelaut entry nie yek..  


 hot from my oven