Terima kasih daun keladi!!

Lamanya ct tak update 'sweet homemade' nie..  aduyai, 24 jam sehari 7 hari seminggu tak cukup!  Syukur alhamdulillah, diam bukan tak ada apa-apa yang terkini, yang terbaru dari sweet homemade, tapi dek kerana kesuntukan masa tak dapat nak update untuk buat entry.


Okey untuk last week nie dia order-order yang ct terima untuk direalisasikan..  Syukur semuanya selamat disudahkan dan telah diterima oleh peminat-peminat sweet homemade..  (peminat ke? hahaha perasaan ajelah!!)

Yang nie dipesan oleh cik Fara Wani dari Seksyen 24, Shah Alam.  Chocolate 9 pcs ini terdiri dari pelbagai fillings didalam dengan pelbagai design coklat.   Fara turut memesan lolichoc pelbagai design.  Sayang sekali, gambar lolichoc tak pulak diambil.  Feedback yang diterima antara lain kata-katanya ialah "sedap coklat tu dan presentable!".  Anyway, terima kasih banyak2 yek Fara dan harap akan ada lagi next order dari Fara.


Happy Birthday Linda!!



Hadiah dari seorang teman kepada teman sebagai tanda ingatan dihari ulang tahun temannya..  (iskh iskh iskh berapa banyak teman daaaa...!!)  Linda nie teman sekeja ct tapi dari jabatan yang lain.  Sempena dengan ulang tahunnya yang ke ...?? ct menghadiahkan coklat 'sweet homemade' sebagai ingatan manis kepada Linda.  Dan kala bertemu keesokkan harinya, inilah yang terkeluar dari mulut Linda.. "sedaplah coklat tu, akak buat ke?. anak2 Linda suka sangat.  Linda nak orderlah untuk budak2 punyer..."  Hah! tu dia penangan coklat 'sweet homemade'.  Linda order 10pcs lolichoc untuk santapan anak2nya..  Nanti ct update tentang lolichoc nie k!




hot from my oven