One Thousand and Five hundred pieces!!

Dalam kekalutan berulang alek ke hospital, menjaga mak yang masih terlantar dikatil hospital, Alhamdulillah dapat juga aku menyiapkan order dari Mie dan suaminya bersempena dengan majlis persandingan mereka yang berlangsung hari ini.  Mie order sebanyak 1000 biji coklat pelbagai design, warna dan perisa, serta 500 batang lolichoc untuk dijadikan door gift.  Hampir saja aku give up ketika melaksanakan tugasan ini.  Mana taknya, berlari mengejar waktu yang seakan tidak mencukupi 24 jam sehari bagi aku.  Tapi Alhamdulillah, Allah mengurniakan aku dengan kesihatan yang baik serta ketabahan yang jitu sepanjang tempoh menyiapkan 1000 biji coklat dan 500 batang lolichoc yang dipesan serta menyiapkan tujuh dulang hantaran pihak pengantin lelaki (percaya atau tidak aku menyiapkan kesemua 7 dulang hantaran dalam masa 5 jam!).  Terima kasih kepada cik abang kita serta anak-anak... Nina dan adik yang begitu setia membantu dan menemani mamanya.. Sayang awak semua.  Okey jom layan gambar-gambar yang sempat dirakam untuk tatapan mata..!