A Gift of Love


hot from my oven

Dah lama tak menggubah barang hantaran pengantin..  Masa cik abang minta kita tolong gubahkan barang hantaran untuk kawan opisnya nak kawen..  menung kejap.. boleh lagi ke kita nak berkraf tangan atau dah keras tangan !!.. apa-apapun anda bolelah menilaikan hasil kerja tangan yang dah lama tak berseni nie. Selepas nie kalau ada sesiapa yg nak minta kita gubahkan hantaran, bolelah kot!!

Jom layan tengok hasilnyer!

Nie dia Vanilla cupcakes.. yellow roses.  Cupcakes nie sebelum dimasukkan kedalam kotak gubahan.



Bila siap digubah, macam nie rupanyer..





Yang nie wang maskahwin nya.  Bersempena dengan tarikh 121209, mereka mengabadikan kenangan dengan jumlah maskahwinnya iaitu 1,212.09.  Yg sembilan sen tu, mayang taburkan saja dlm dulang hantaran.  Hampir sejam jugalah nak menggubah duit menjadi kuntuman mawar.  Dah keras tanganlah katakan!


Oleh kerana adat merisik, bertunang dan nikah dibuat sekali..  3 dalam 1.. maka ada tiga bentuk cincin dan seutas rantai tangan sebagai hadiah sisuami kepada isterinya.  Beruntung badan!..

Adat orang melayu, sireh junjung menjadi penghubung bicara dalam majlis perkahwinan.  Mayang gunakan bunga segar untuk nampak ceria dan cantik.  Manakala untuk pinang, gambir serta kapur mayang dapatkan dari sayang you di seksyen 18.



Fruit basket..  buah2 nyer segar dari juz fruit shop @seksyen 9. Masih menggunakan warna dan bunga yang sama.  Masa gubah hantaran nie, kepala dah bengong..  dah ketandusan ilham, keluar masukkan buah dalam bakul berulangkali, dah Alhamdulillah akhirnya inilah hasilnya.


And last but not least... home made chocolate, khas mayang order dari ayu @Seri Putra, Seri Kembangan.  Lepas nie mayang nak amik class untuk belajar buat chocolate pulak since everyone in the house are chocolate lovers.. mana taknyer, mayang order untuk sendiri tak sempat tunggu esok, dah habis kena makan!! huhuhu nasib baek dapat rasa tiga biji.  tak sempatlah pulak nak snap pict.

Setelah diberi sentuhan keras tangan,beginilah rupenyer chocolate tu.  So lepas nie kalau ada yang nak minta gubahkan hantaran, bolelah mayang buatkan..  Rasa seronoklah pulak sebab dah lama tak buat, sekali cubalah balik, hasilnyer tidaklah mengecewakan..