Posts

Coklat Box dan Chocolate moist untuk Acara Merisik

Image
Puan Nurjamilah dari Seksyen 20 Shah Alam, minta dibuatkan coklat box dan juga coklat moist cake untuk acara merisik anak buah beliau pada Sabtu, 9hb Ogos yang lalu. Puan Nurjamilah nie adalah sepupu kepada Cikgu Nurmazlina yg order coklat box untuk birthday anak perempuan beliau bulan puasa ari tu. Berkenan dengan coklat box tu, terus Puan Nurjamilah minta dibuatkan sama serupa dengan coklat box cikgu Nurmazliana. Terima kasih banyak yer Puan Nurjamilah.. Insya Allah, ada rezeki, kita berurusan lagi.

Strawberry Chilled Cheese Cake again!

Image
Strawberry chilled cheese cake ini telah diminta sekali lagi oleh Zulhairi dari Bukit Jelutong, Shah Alam. Kali ini untuk meraikan hari ulang tahun ayahnya pulak. Alhamdulillah, kek pembuatan dari Sweet Homemade telah dapat memenuhi selera family Zul.. Kata Zul, semua orang dalam familynya memang sukakan rasa kek Sweet Homemade. Alhamdulillah..

Raya orders

Image

Peach chilled cheese cake

Image
Peach Chilled Cheese cake ini dibuat khusus untuk Puan Norlisa sempena majlis makan2 dirumah beliau di Taman Subang Bestari. Kata lisa dalam sms yg dikirim lewat petang hari tu 'terima kasih yer siti, buatkan cheese cake yg sungguh sedap..' Alhamdulillah... Terima kasih Lisa! Sent from my iPad

Salam Aidil Fitri

Image
Thank you so much Puan Zaidatul dari Taman TTDI Jaya yang sering order dari Sweet Homemade! Kali ini Puan Zaidatul hendakkan cuppies sebagai buah tangan kepada tuan rumah, rumah terbuka yang beliau kunjungi sempena Aidil Fitri yang lalu.

Strawberry Chilled Cheese Cake

Image
Strawberry Chilled Cheese Cake ini telah dimnta oleh Puan Norlina Alawi dari Rumah Keluarga Besar Norlina Alawi Bhd, Cheras Baru. Lama menyimpan hasrat untuk bertemu dengan wanita hebat ini, akhirnya Allah perkenankan doa ct. Kami dipertemukan sewaktu berurusan utk majlis iftar ramadhan yang lalu. Sering melihat wajah wanita hebat nie di dada akbar, majallah ataupun wawancara di radio, hari tu, kita orang bertemu.. Alhamdulillah.. Bertukar2 kisah, akhirnya cerita pasal kek... Itulah permulaannya.. Pada Ina (yg mesra disapa dgn panggilan itu), ct ucapkan terima kasih sebab sudi merasa kek hasil dari air tangan ct.. Kat bawah tu gambar kek carrot yg diminta oleh Ina juga. Hari tu sahaja Ina order empat biji kek. Terima kasih Ina dan mudah2an friendship ini akan berpanjangan...

HAPPY BIRTHDAY IZAT & IKMAL - DURIAN CAKE

Image
Happy Birthday adik Izat & Ikmal. Dua beradik yang berkongsi tarikh lahir yang jatuhnya pada 27 Ogos 2011 yang lalu. Mahukan kek birthday lain sedikit dari kebiasaan. Nak rasa durian kek pula katanya, Alhamdulillah, menurut kata ibunya, Puan Kamilah Ariffin, kek durian nie memang yummy!. Terima kasih kerana seringkali membuat pesanan dengan Sweet Homemade!