Posts

Showing posts with the label Kelas Coklat

KELAS COKLAT

Image
Kelas pembuatan coklat kali ini telah dihadiri oleh dua sekawan dari Sabak Bernam, Selangor.  Kelas telah diadakan pada 30hb Julai 2011 yang lalu, iaitu kira-kira dua hari lagi kita semua dah nak menyambut bulan Ramdhan Al Mubarak.  Jauh perjalanan mereka mencari ilmu akhirnya ketemu di Shah Alam.  Dalila dan kawannya Yan. Dalila nie merupakan seorang guru yang mendidik anak-anak istimewa di salah sebuah sekolah rendah di Sabak Bernam.  Seronok mendengar cerita dari Cikgu Dalila nie.  Akak tabik springlah dengan cikgu2 yang mengajar dan mendidik anak2 istimewa nie, dimana mereka memerlukan kesabaran tahap gaban. Lihatlah hasil kerja dua rakan baik nie, Yan dengan ilham seninya, manakala Dalila pula dengan kemeriahan warna-warna yang dilakarkan.  Hasilnya? cantik dan unik sekali.  Mudah-mudahan Cikgu Dalila dan Yan dapat menafaatkan ilmu coklat ini dan menjadikannya sebagai pendapatan sampingan.  Terima kasih daripada Sweet Homemade! untuk ...

Kelas Coklat

Image
Alhamdulillah, selesai sudah kelas coklat hujung minggu lepas - 13hb Februari yang lalu.  Kali ini kelas coklat Sweet Homemade! telah dihadiri oleh Ina dari Seksyen 7, Shah Alam.   Orang satu mukim aje nie..  Ina seorang ibu kepada empat orang anak, surirumah sepenuh masa. Jom kita tengok hasil kerja tangan Ina. Walapun sorang-sorang aje, tapi riuh gaklah dibuatnya.   Berhasrat dan menyimpan cita-cita ingin menjadikan pembuatan coklat ini sebagai pendapatan beliau.  Orangnya sangat peramah, suka gelak dari mula hingga akhir sessi pembelajaran.  Mudah2an Ina dapat menafaatkan segala apa yang telah dipelajari dari Sweet Homemade! dan berjaya dalam bisnes ini.  Amin.. hot from my oven

Chocolate Class

Image
Syukur Alhamdulillah, pada 3hb Oktober yang lalu seramai 6 orang telah menjadi student  Sweet Homemade! ..  (hehehe mcm g sekolah lah plak kan!).  Meriah, ceria dengan pelbagai cerita dan pengalaman.     suasana semasa pembelajaran Along dan coklatnya. Seri yang begitu excited dan seronok sepanjang kelas bersama coklat yg dihasilkan. Ramlah yg comel, pencetus idea. Kak Rona yg sentiasa positif dlm hidup  dengan cokalt yang dihasilkan. Kak Pah yang rajin dan teliti dalam pembikinan coklat yang dihasilkan. Puan Ita yang allergic dengan strawberry design.  Diharap selepas hadir ke kelas nie, semua nya akan terus berjaya dengan bisnes masing-masing.   Terima kasih semua.