Posts

Two Thousand Pieces Praline & 200 pcs Oreo Chocs

Image
Ini adalah sebahagian daripada 2000 biji choklat yang telah dimasukkan kedalam sushi box. Manakala yang ini pula ialah coklat-coklat yang telah diisi kedalam pouch berwarna biru iaitu tema majlis perkahwinan Cik Solehah Hj Abd Rahim dan pasangannya Dr Ahmad Faisal Badaruddin.  Majlis telah diadakan pada Sabtu, 8hb Januari 2011 di Shah Alam. Cik Solehah juga telah memesan 200 biji choklat oreo pelbagai design sebagai tambahan cenderahati majlis perkahwinan beliau. Kami di Sweethomemade, mengucapkan Selamat Pengantin Baru dan semuga kekal bahagia hingga keujung nyawa. hot from my oven

Maafkan kami...!!

Image
Maaf dari ujung tudung hingga ujung kuku kaki...  lamanya tak meng'update' berita terkini Sweet Homemade!. Bukan tak ada projek, tapi tak terlarat dan tak termampu masa nak berlama-lama menatap netbook comel nie. Dengan kesibukan tugas dipejabat, dan menyiapkan order yang diterima, akhirnya terabailah sudah laman sesawang nie.  Iyelah dengan baru saje usai majlis kahwin putera tunggal ct pada Disember yang lalu, kemudian bersambung dengan pesanan2 lain yang diterima.. memang ct kalah.. surrender angkat dua tangan dan kaki! Aduhai...  nanti yek, bila berkesempatan meng'UPLOAD'kan gambar-gambar yang telah tersimpan lama dalam kotak kamera, pasti ada cerita yang dapat kita kongsi bersama.  Tentu nak tengok jugak kan? Sementara itu, ct nak ucapkan 'Selamat menyambut Tahun 2011' muga ditahun yang serba baru ini, hidup kita lebih terurus, lebih diberkati, lebih bahagia, lebih sihat akal dan perbuatan, lebih berjimat dan yang paling penting lebih bertanggungjawab k...

Four Thousand Pieces Praline Chocs & 800 pieces Oreo Chocs & 3,000 pcs mini muffins!

Image
Ini adalah sebahagian daripada gambar-gambar yang sempat kami rakamkan semasa penyediaan door gift sempena hari perkahwinan anak lelaki ct yang telah berlangsung pada 19hb Disember 2010 yang llalu.  Sebanyak 4,000 biji choklat telah berjaya dihasilkan dan sebanyak 800 biji choklat oreo dengan warna temanya ialah warna pink dan purple dan tidak ketinggalan mini muffins sebanyak 3,000 biji.  Alhamdulillah, pada hari perkawinan, tetamu telah diberi dengan choklat2 serta mini muffins hasil air tangan ibu pengantin sendiri.  Bukan sahaja door gift diperbuat daripada choklat, malah bunga paharnya juga dihiasi dengan choklat-choklat yang sedap dan enak dimakan!. Pink dan Purple menjadi warna tema Majlis Persandingan Mohd Amin Zakri Azman dan pasangannya Farikha Sarip Choklat Oreo yang yummy yummy! diberikan kepada setiap para tetamu yang hadir pada hari tersebut. 4 sekawan... yang ini cenderahati untuk keluarga pengantin perempuan serta saudara mara yang hadir. hot from...

Two Hundred Pieces Mixed Mini Muffins

Image
Lamanya tak meng'update' laman rumah nie.  Sibuk yang teramat dengan preparation anak nak kawin dan jugak dengan order2 yang masuk mencelah.  Alhamdulillah, walau tengah sibuk bagai tak cukup putaran jam, sempat jugak menyiapkan beberapa tempahan dan pesanan yang diterima. Terima kasih pada Ina, dari Damansara atas pesanan 200 biji mixed muffin dan 100 biji cuppies dengan perisa coklat bersempena dengan majlis pindah rumah baru pada November 25 yang lalu.  Baru ari nie dpt meng'up loadkan gambarnyer. Terima kasih dan mudah2an Ina berpuas hati dengan cuppies dan muffin yang diminta. hot from my oven

Chocolate Cuppies

Image
These rich chocolate cuppies is dedicated to my beloved sister in-law Kak Rahmah on her birthday.  Its a belated celebration for her...  Its better late than never..  betulkan kak!  Ini adalah percubaan pertama mendeko cuppies dengan roses yang diperbuat dari choklat.. hot from my oven

Selamat Pengantin Baru Shahdan & Zuleikha

Image
Selamat pengantin baru Mohd Shahdan dan pasangannya Zuleikha yang telah melangsungkan perkahwinan mereka pada 20hb November yang lalu.  Kakak pengantin perempuan telah memesan sebiji kek coklat sebagai hantaran dari Sweet Homemade untuk dihadiahkan kepada pihak pengantin perempuan.. Dan juga 150 packs chocolate @ 2biji dalam satu pack bersamaan dengan 300 biji chocolate sebagai cenderahati kepada tetamu untuk majlis menyambut menantu di Tanjung Gemok, Rompin Pahang. Terima kasih yer Puan Siti Norfitriyah kerana sudi berurusan dengan Sweet Homemade! hot from my oven

Birthday Lolies

Image
Puan Azatulina dari Taman Saujana Utama, Sg Buloh memesan 50 pieces of lolies untuk meraikan majlis sambutan harilahir anak lelaki beliau yang ke sepuluh.  Kata Aza, anaknyer suka dan enjoy dengan lolies yang dipesan, begitu juga dengan kawan-kawan anak beliau..  suka sangat sebab sedap! Thank you so much Aza! hot from my oven