Posts

Chocolate Class Again!

Image
Kelas hari ini dihadiri oleh Puan Fauziah dari Sungai Udang, Kelang.  Merupakan seorang kakitangan di UITM Shah Alam dan juga seorang pakar membuat kek lapis..   Jom kita tengok coklat-coklat yang telah dihasilkan oleh Puan Fauziah pada hari tersebut. Tekun dengan task yang diberi.. Coklat-coklat hasil kerja tangan Puan Fauziah. Tersenyum puas dengan hasil kerja tangannya.  Muga selepas ini Puan Fauziah akan berjaya sebagai usahawan coklat sepertimana yang diinginkan dan menafaatkan ilmu yang diperolehi hari ini. hot from my oven

Selamat Pengantin Baru Syikin & Faiz

Image
Syikin ni adalah salah seorang regular customer Sweet Homemade..  Bermula dari majlis sambutan harijadinya tahun lalu, Syikin pesan lolies, diikuti dengan cuppies hantaran untuk pakciknya dan pada 5hb Oktober yang lalu, Syikin telah melangsungkan perkahwinannya dengan jejaka pojaan hatinya.  Untuk majlis ini Syikin telah meminta untuk disiapkan sebanyak 150 pack coklat @2biji (semuanya berjumlah 300 biji), 100 biji buttercream cuppies yang diletakkan dalam kotak serta 35 biji coklat untuk hantaran. Setelah diisi didalam kotak-kotak kecil yg comel cuppies with strawberry flavors Orange cuppies with jelly   150 packs @2pcs = 300pcs Terima kasih sekali lagi kepada Syikin serta keluarga yg sudi menjemput kami kemajlis perkahwinan beliau dan memang happening majlis yg diadakan dikediaman beliau di D'Kayangan Seksyen 13, Shah Alam. Pada Syikin dan suami, kami di Sweet Homemade mengucapkan Selamat Pengantin Baru dengan iringan doa semuga ikatan perkahwinan in...

Lolies again!

Image
Lima puluh batang lovely lolies dengan pelbagai design ini dipesan oleh Cik Norlyn untuk makan-makan bersempena dengan birthday adik Norlyn yang bongsu.  Yang ke berape yer?  ..  anyway thanks yer Norlyn yg call banyak kali just nak confirmkan order beliau nie.  Dalam satu sms yg dihantar lewat petang, birthday girl serta teman-temannya suka dgn rasa lolies nie dan parents Norlyn pun sgt teruja dengan lolies yg comel dan meriah dengan warna-warna ceria. hot from my oven

400 biji Mini muffins untuk majlis cukur jambul

Image
Menerima tempahan dari Puan Hjh Mariyam dari Taman TTDI Jaya, Shah Alam.  Kak Yam nama yang biasa kita org kat Taman nie panggil, call hari nie, esok nak mini muffins!  aduyai kak!.. Masa call tu kata Kak Yam, dia baru aje balik dari Australia, bercuti, tetiba aje anak Kak Yam yg baru bersalin tu nak buat majlis cukur jambul anaknya.. So, inilah rupanya mini muffins sebanyak 400 biji yg telah siap dipack untuk diberikan sebagai buah tangan kepada tetamu yg hadir pada majlis cukur jambul cucu Kak Yam pada 16 Oktober yg lalu. Terima kasih yer Kak Yam sebab teringat kat muffins ct walaupun kita jarang sekali bersua.   hot from my oven

Birthday Chocolate Card for Lin!

Image
Happy Belated Birthday Lin!  Better late than never kan? Auntie ucapkan moga panjang umur, sihat tubuh badan dan jadilah anak yang solehah. hot from my oven

Chocolate Hantaran

Image
Coklat hantaran ini dipesan oleh cik Normie Hj Sharif untuk majlis pertunangan beliau pada 17hb Oktober 2010.   Diperbuat daripada keseluruhannya coklat berperisa strawberi dan diisi dengan coklat bentuk 'heart' perisa original dan rose design berperisa orange dengan ungu sebagai base colour menjadi pilihannya.  Mudah2an ikatan pertunangan beliau akan diakhiri dengan satu ikatan perkahwinan yang kekal abadi.  Amin hot from my oven

Cupcakes Orange untuk Didie

Image
Didie jiran sebelah rumah minta dibuatkan cupcakes sebagai hantaran pertungan adik Didie yang telah berlangsung pada 10hb Oktober yang lalu.  Ramai betul yer orang yang bertunang dan berkahwin pada tarikh tersebut.  Iyalah tarikh cantik kan..  Dengan bertemakan warna oren, nampak meriah dan ceria cupcakes yang dihasilkan.  Didie juga minta cupcakes untuk dimakan..  Emm  yummy-yummy kata Didie rasa cupcakes yang dipesan extra untuk makan-makan.  Terima kasih yer Didie atas compliment tu dan terima kasih juga sebab berurusan dengan Sweet Homemade! hot from my oven