Posts

Sweet Homemade ke Alor Setar, Kedah

Image
Terima kasih Cik Siti Nora yang minta 80 batang lovely lolies, 30 pcs oreo choc dan 1 kotak 12 biji praline untuk sambutan majlis hari jadi seseorang.  Cik Siti Nora nie berada nun di Alor Setar dan merupakan seorang usahawan pembuatan sabun.  Dari satu blog ke satu blog akhirnya beliau singgah di blog Sweet Homemade dan pencarian beliau pun terhenti di sini..  hehehe ada drama sket... Jom layan gambar yg sempat dirakam.. (gambar yg dah siap bungkus tunggu nak hantar, lupa plak nak snap.. apodey! iskh iskh iskh..../ Untuk insan tersayang..  Yang lolies tak snap pun gambarnyer...  Nak cepat, sampai lupa plak...  Anyway, terima kasih yer Cik Siti Nora atas pesanan nie, akak harap Nora berpuas hati dengan coklat yang dikirimkan melalui courier service.  Harap-harap lepas nie bole order lagi kan?  Oh yer, sesape yg nak pakai/guna sabun buatan tangan, boleh lah lawati blog Nora nie.. addnyer:  http://aurabiz2u.blogspot.com hot from my oven ...

Tahniah Balqis!

Image
Tidak terlewat rasanya untuk mengirim ucap tahniah kepada Balqis anak kepada Puan Lia, yang telah berjaya menamatkan pengajiannya di UTM, Skudai Johor.  Majlis konvo telah berlangsung pada 26hb Oktober yang lalu.  Lia merupakan teman sekerja ct di Bahagian Sales.  Minta dibuatkan coklat untuk dihadiahkan kepada puteri sulongnya tanda kasih dan tahniah dari seorang ibu kepada anak tersayang. Lia juga minta dibuatkan 12 biji praline coklat , 4 kotak 4 biji praline coklat, 4 kotak 6 biji praline coklat untuk dihadiahkan kepada anak-anak angkatnya yang sama-sama telah menamatkan pengajian mereka pada hari tersebut. Terima kasih Lia dan tahniah Balqis! hot from my oven

Terima kasih semua!

Image
Masih lagi berada didalam kemeriahan sambutan Syawal.  Sana-sini sibuk dengan jemputan open house.  Naik letihs akak nie makan, makan dan makan... Alhamdulillah sebab kawan2 masih ingatkat akak nie.  (bulan posa hilang 2 kg.. aleh-aleh sempena dgn pesta makan masa raya nie, tambah sekilo lagi! adeh.. tak ader maknernyer pun!!). Apa-apapun, terima kasih kepada Norjaslina dari Bandar Baru Bangi yang telah memesan Chocolate Moist (repeated order kali kedua nie), Cheese Cakes dan juga Chocolate coated Mini Muffins.  Puan Jaslina nie teman sekerja cik suami akak.  Suka sangat dengan kek chocolate akak membuatkan Jas (panggilan manja) order sekali lagi untuk majlis rumah terbuka beliau hujung minggu lalu. Oh yer, sebelum tu ada beberapa order dari teman-teman sekerja cik suami..  Tetiba aje mini muffin nie menjadi kegemaran dan kesukaan anak-anak teman seofis cik suami.  Terima kasih yer Puan Harliza yang sering 'order' muffin dari Sweet Homemade!  ...

Salam Aidil Fitri

Image
Salam sayang dan salam Aidil Fitri buat semua diluar sana!.. wah.. lamanya tak masuk ke sini.  Habis berabuks sana sini nih!  Jap yek... nak mengelap, mengemop lantai dan menyusun atur sweet homemade nie..  Oleh kerana kita nie masih lagi berada dibulan Syawal yang mulia ini, bulan meraikan kemenangan kita, ct menyusun sepuluh jari memohon maaf dari hujung tudung hingga kehujung kasut kepada semua yang pernah berurusan dengan Sweet Homemade kiranya terdapat bual bicara dan senda gurau yang mengguris hati dan perasaan..  kadangkala kita tak perasan.. kita ingat bergurau, tetapi sebenarnya kata-kata kita menggguris dan menghiris hati orang.  Maaf yer.. Memang lama sungguh, tak menjengah untuk meng UPDATE Sweet Homemade.  Sampai anak2 dan teman2 yang follow Sweet Homemade tertanya-tanya... mana perginya mama nie..  hehehehe... ct ada disini, tak kemana pun..  cuma aktiviti semasa bulan ramadahan yang lalu, agak terbatas dan sibuk sedikit..Iyalah si...

Marhaban Ya Ramadhan!

Image
Syukur Alhamdulillah, kita diberi peluang oleh NYA sekali lagi untuk bersama-sama menyambut dan meraikan kedatangan Ramadhan Al Mubarak.  Bulan yang kesembilan dalam kalender Hijrah.  Bulan yang menjanjikan seribu macam gandaan pahala dan ganjaran.  Bulan yang cukup istimewa diantara bulan-bulan yang lain. Dikesempatan ini, ct menyusun jari sepuluh memohon maaf kepada semua yang pernah berurusan dengan ct mahupun secara langsung atau tidak, kiranya terkasar bahasa waktu bicara dan ada hati yang terluka, maaf jua yang dipinta.  Muga dengan kemaafan yang dihulurkan sesama kita akan membuatkan kita lebih tenang menjalani ibadah yang mulia ini.  Marilah kita bersama berjanji pada diri bahawa kita akan melakukan ibadah yang terbaik lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.  Insya Allah. Selamat Menjalani Ibadah Puasa dan Solat Tarawikh dimalam Hari serta banyakkanlah bersedekah.. hot from my oven

Cupcakes Hantaran untuk Nadia

Image
Yang nie betul-betul last minute order.  Call jam 1tghari, confirmed setengah jam berikutnya dan nak kena siap dan deliver pada jam 12.30 tengahari keesokannya..  Nadia nie dari Kg Delik, Kelang minta ct buatkan cupcakes untuk hantaran pertunangan dengan bertemakan putih dan kuning. Dek kerana the very very short notice, apa-apa kekurangan minta maaf bebanyak yer Nadia. Alhamdulillah cupcakes yang Nadia mahukan dapat disediakan.  Dan kala Nadia datang mengambilnya tengahari keesokkan harinya,  sebaik melihat hasil kerja ct, Nadia suka dan  ' comelnya!'   itu kata Nadia.  Anyhow, terima kasih bebanyak yer, sbb percaya kat Sweet Homemade! untuk merealisasikannya.  **Lenkali Nadia jgn buat mcm nie yer syg! tak tidor akak!** hot from my oven

Thank you Hana

Image
Coklat 12 biji setiap satu ini diminta oleh Hana, rakan sekolah adik untuk diberikan kepada insan-insan tersayang dalam hidupnya.   Yang ini untuk dear mommy, dengan orange flavor dan raisin sebagai fillingsnya Dan yang ini untuk dear friend.. Hana gembira sangat sebab apa yang diminta telahpun direalisasikan oleh Sweet Homemade! . Hana, terima kasih yer!. hot from my oven