Posts

Marhaban Ya Ramadhan!

Image
Syukur Alhamdulillah, kita diberi peluang oleh NYA sekali lagi untuk bersama-sama menyambut dan meraikan kedatangan Ramadhan Al Mubarak.  Bulan yang kesembilan dalam kalender Hijrah.  Bulan yang menjanjikan seribu macam gandaan pahala dan ganjaran.  Bulan yang cukup istimewa diantara bulan-bulan yang lain. Dikesempatan ini, ct menyusun jari sepuluh memohon maaf kepada semua yang pernah berurusan dengan ct mahupun secara langsung atau tidak, kiranya terkasar bahasa waktu bicara dan ada hati yang terluka, maaf jua yang dipinta.  Muga dengan kemaafan yang dihulurkan sesama kita akan membuatkan kita lebih tenang menjalani ibadah yang mulia ini.  Marilah kita bersama berjanji pada diri bahawa kita akan melakukan ibadah yang terbaik lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.  Insya Allah. Selamat Menjalani Ibadah Puasa dan Solat Tarawikh dimalam Hari serta banyakkanlah bersedekah.. hot from my oven

Cupcakes Hantaran untuk Nadia

Image
Yang nie betul-betul last minute order.  Call jam 1tghari, confirmed setengah jam berikutnya dan nak kena siap dan deliver pada jam 12.30 tengahari keesokannya..  Nadia nie dari Kg Delik, Kelang minta ct buatkan cupcakes untuk hantaran pertunangan dengan bertemakan putih dan kuning. Dek kerana the very very short notice, apa-apa kekurangan minta maaf bebanyak yer Nadia. Alhamdulillah cupcakes yang Nadia mahukan dapat disediakan.  Dan kala Nadia datang mengambilnya tengahari keesokkan harinya,  sebaik melihat hasil kerja ct, Nadia suka dan  ' comelnya!'   itu kata Nadia.  Anyhow, terima kasih bebanyak yer, sbb percaya kat Sweet Homemade! untuk merealisasikannya.  **Lenkali Nadia jgn buat mcm nie yer syg! tak tidor akak!** hot from my oven

Thank you Hana

Image
Coklat 12 biji setiap satu ini diminta oleh Hana, rakan sekolah adik untuk diberikan kepada insan-insan tersayang dalam hidupnya.   Yang ini untuk dear mommy, dengan orange flavor dan raisin sebagai fillingsnya Dan yang ini untuk dear friend.. Hana gembira sangat sebab apa yang diminta telahpun direalisasikan oleh Sweet Homemade! . Hana, terima kasih yer!. hot from my oven

Thank you Ilyani!

Image
Ilyani ingin memberikan "Surprise!" kepada orang yang disayang.  Mahukan 12 biji fine praline chocs dengan strawberry fillings.  Begitu romantis dengan warna pink, itu yang Ilyani mahukan, dan selebihnya itu kerja 'Sweet Homemade' untuk direalisasikan.   Dan setelah diletakkan riben sebelum penghantaran . Kala menghantar kepada tuan punya badan, ternyata kejutan yang diberikan memang menjadi.  Mudah2an yang menerimanya dan yang memesannya berpuas hati dengan hasil dari "Sweet Homemade!" .  Terima kasih Ilyani! hot from my oven

Selamat Bertunang Amyn & Fieqa

Image
 Ikatan percintaan antara Amyn dan Fieqa diraikan dengan majlis pertunangan pada 25hb Julai 2010 bersamaan dengan 12 Syaaban 1431 yang lalu.  Carrot cupcakes dengan sugar paste berwarna tema merah sebanyak 9 biji serta kotak yang diperbuat dari coklat keseluruhannya dengan diisi sebanyak lebih kurang 15 kuntuman rose merah berperisa strawberi sebagai hantaran dari pihak lelaki kepada pihak perempuan.  Mudah2an ikatan pertunangan ini akan dimeterai dengan akad nikah.  Jom layan gambar hantaran yang lain dimana gubahan hantaran ini adalah dari hasil kreativiti tangan 'Sweet homemade' .  Alhamdulillah, semua dipermudahkan.. Halwa buah sireh junjung Diantara barang2 hantaran pertunangan. hot from my oven

Terima kasih Fauziah - Zulian

Image
Fauziah - teman lama yang dah lama tak jumpa.  Jumpa terus order 100 biji mini muffins.  katanya nak bagi kawan-kawan makan dan juga buat anak tersayang.   Terima kasih Fauziah, Kalau berkesempatan nanti kita citer lagi yer! hot from my oven

Selamat Bertunang Solehah

Image
Mudah sungguh berurusan dengan Solehah, gadis manis dari Taman TTDI Jaya.  Berbalas email dua tiga kali terus confirmed jadi.  Alhamdulillah, Solehah telahpun selamat mengikat tali pertunangan dengan jejaka pujaan hatinya pada 24hb Julai 2010 yang lalu.  Solehah meminta dibuatkan 35biji coklat untuk dijadikan hantaran dengan perlbagai warna dan bentuk.  Dan menerusi sms yang dikirim pada petang Isnin lalu, Solehah mengucapkan terima kasih dan beliau berpuas hati dengan coklat yang telah dihasilkan oleh Sweet Homemade sebagai hantaran pertunangannya tempoh hari. Kepada Solehah dan pasangan,  mudah2an ikatan ini akan berakhir kejinjang pelamin dan seterusnya dimeterai dengan ikatan perkahwinan.  Nanti buat kenduri kawen, jangan lupa jemput akak sekali yek! hot from my oven