Posts

Thank you Ilyani!

Image
Ilyani ingin memberikan "Surprise!" kepada orang yang disayang.  Mahukan 12 biji fine praline chocs dengan strawberry fillings.  Begitu romantis dengan warna pink, itu yang Ilyani mahukan, dan selebihnya itu kerja 'Sweet Homemade' untuk direalisasikan.   Dan setelah diletakkan riben sebelum penghantaran . Kala menghantar kepada tuan punya badan, ternyata kejutan yang diberikan memang menjadi.  Mudah2an yang menerimanya dan yang memesannya berpuas hati dengan hasil dari "Sweet Homemade!" .  Terima kasih Ilyani! hot from my oven

Selamat Bertunang Amyn & Fieqa

Image
 Ikatan percintaan antara Amyn dan Fieqa diraikan dengan majlis pertunangan pada 25hb Julai 2010 bersamaan dengan 12 Syaaban 1431 yang lalu.  Carrot cupcakes dengan sugar paste berwarna tema merah sebanyak 9 biji serta kotak yang diperbuat dari coklat keseluruhannya dengan diisi sebanyak lebih kurang 15 kuntuman rose merah berperisa strawberi sebagai hantaran dari pihak lelaki kepada pihak perempuan.  Mudah2an ikatan pertunangan ini akan dimeterai dengan akad nikah.  Jom layan gambar hantaran yang lain dimana gubahan hantaran ini adalah dari hasil kreativiti tangan 'Sweet homemade' .  Alhamdulillah, semua dipermudahkan.. Halwa buah sireh junjung Diantara barang2 hantaran pertunangan. hot from my oven

Terima kasih Fauziah - Zulian

Image
Fauziah - teman lama yang dah lama tak jumpa.  Jumpa terus order 100 biji mini muffins.  katanya nak bagi kawan-kawan makan dan juga buat anak tersayang.   Terima kasih Fauziah, Kalau berkesempatan nanti kita citer lagi yer! hot from my oven

Selamat Bertunang Solehah

Image
Mudah sungguh berurusan dengan Solehah, gadis manis dari Taman TTDI Jaya.  Berbalas email dua tiga kali terus confirmed jadi.  Alhamdulillah, Solehah telahpun selamat mengikat tali pertunangan dengan jejaka pujaan hatinya pada 24hb Julai 2010 yang lalu.  Solehah meminta dibuatkan 35biji coklat untuk dijadikan hantaran dengan perlbagai warna dan bentuk.  Dan menerusi sms yang dikirim pada petang Isnin lalu, Solehah mengucapkan terima kasih dan beliau berpuas hati dengan coklat yang telah dihasilkan oleh Sweet Homemade sebagai hantaran pertunangannya tempoh hari. Kepada Solehah dan pasangan,  mudah2an ikatan ini akan berakhir kejinjang pelamin dan seterusnya dimeterai dengan ikatan perkahwinan.  Nanti buat kenduri kawen, jangan lupa jemput akak sekali yek! hot from my oven

Happy Birthday DY!

Image
Choklat praline 12 biji perisa dan filingsnya pun strawberri telah dipesan oleh Ain untuk kawan kakaknya.  Siap minta dibuatkan "smiley" special untuk teman kakaknya.  Kepada "DY" Happy Birthday and Many Happy Returns! Testimoni yang diterima dari Ain menerusi sms lewat malam kelmarin antara lain katannya,"coklat tu sedaaappppp sgtttt... dan sayangnyer nak makan!"  terima kasih yer Ain sebab order dari Sweet Homemade! dan harap-harap next order nanti ada lagi yer! hot from my oven

Cream Caramel

Image
Cream Caramel ini dipesan oleh Sue - Kurnia Insurance bersempena dengan majlis tahlil dan doa selamat dirumah emak dan ayah Sue di Klang pada hari Jumaat, 16hb Julai 2010 yang lalu.  Alhamdulillah Sweet Homemade sempat menyiapkan sebanyak 130packs sepertimana yang diminta dan harap Sue berpuas hati dengan Cream Caramel yang dipesan. hot from my oven

Terima kasih orang Kota Bharu

Image
Pada asalnya jumpa masa kat kenduri rumah kakaknya iaitu jiran sebelah rumah.  Borak punya borak, bercerita dari satu kisah ke satu kisah yang lain, sampailah bab coklat, kek dan muffin.. Shahila nama secantik orangnya..  Masa datang kenduri, ct sempatlah bawakan sedikit muffin yang baru dibakar serta sedikit coklat sebagai buah tangan.  Tak sangka keesokkan harinya, Syila call katanya nak order muffin dan coklat untuk dibawa balik ke Kelantan.  Syila minta dibuatkan 100 biji mini muffins serta 30pcs oreo pelbagai design.   Terima kasih Syila.. jauhnya Coklat Sweethomemade berjalan.. hingga ke Kota Bharu, Kelantan!  Next visit, bolehlah order lagi bila balik ke Shah Alam yer!.. hot from my oven