Posts

Terima kasih Fauziah - Zulian

Image
Fauziah - teman lama yang dah lama tak jumpa.  Jumpa terus order 100 biji mini muffins.  katanya nak bagi kawan-kawan makan dan juga buat anak tersayang.   Terima kasih Fauziah, Kalau berkesempatan nanti kita citer lagi yer! hot from my oven

Selamat Bertunang Solehah

Image
Mudah sungguh berurusan dengan Solehah, gadis manis dari Taman TTDI Jaya.  Berbalas email dua tiga kali terus confirmed jadi.  Alhamdulillah, Solehah telahpun selamat mengikat tali pertunangan dengan jejaka pujaan hatinya pada 24hb Julai 2010 yang lalu.  Solehah meminta dibuatkan 35biji coklat untuk dijadikan hantaran dengan perlbagai warna dan bentuk.  Dan menerusi sms yang dikirim pada petang Isnin lalu, Solehah mengucapkan terima kasih dan beliau berpuas hati dengan coklat yang telah dihasilkan oleh Sweet Homemade sebagai hantaran pertunangannya tempoh hari. Kepada Solehah dan pasangan,  mudah2an ikatan ini akan berakhir kejinjang pelamin dan seterusnya dimeterai dengan ikatan perkahwinan.  Nanti buat kenduri kawen, jangan lupa jemput akak sekali yek! hot from my oven

Happy Birthday DY!

Image
Choklat praline 12 biji perisa dan filingsnya pun strawberri telah dipesan oleh Ain untuk kawan kakaknya.  Siap minta dibuatkan "smiley" special untuk teman kakaknya.  Kepada "DY" Happy Birthday and Many Happy Returns! Testimoni yang diterima dari Ain menerusi sms lewat malam kelmarin antara lain katannya,"coklat tu sedaaappppp sgtttt... dan sayangnyer nak makan!"  terima kasih yer Ain sebab order dari Sweet Homemade! dan harap-harap next order nanti ada lagi yer! hot from my oven

Cream Caramel

Image
Cream Caramel ini dipesan oleh Sue - Kurnia Insurance bersempena dengan majlis tahlil dan doa selamat dirumah emak dan ayah Sue di Klang pada hari Jumaat, 16hb Julai 2010 yang lalu.  Alhamdulillah Sweet Homemade sempat menyiapkan sebanyak 130packs sepertimana yang diminta dan harap Sue berpuas hati dengan Cream Caramel yang dipesan. hot from my oven

Terima kasih orang Kota Bharu

Image
Pada asalnya jumpa masa kat kenduri rumah kakaknya iaitu jiran sebelah rumah.  Borak punya borak, bercerita dari satu kisah ke satu kisah yang lain, sampailah bab coklat, kek dan muffin.. Shahila nama secantik orangnya..  Masa datang kenduri, ct sempatlah bawakan sedikit muffin yang baru dibakar serta sedikit coklat sebagai buah tangan.  Tak sangka keesokkan harinya, Syila call katanya nak order muffin dan coklat untuk dibawa balik ke Kelantan.  Syila minta dibuatkan 100 biji mini muffins serta 30pcs oreo pelbagai design.   Terima kasih Syila.. jauhnya Coklat Sweethomemade berjalan.. hingga ke Kota Bharu, Kelantan!  Next visit, bolehlah order lagi bila balik ke Shah Alam yer!.. hot from my oven

KLFI - KL FRANCE INTERNATIONAL SCHOOL'S CARNIVAL

Image
Pada 19hb Jun yang lalu, didalam kesibukan dan kekalutan menyiapkan pesanan-pesanan yang diterima, Sweet Homemade telah dipelawa untuk menyertai satu carnival sekolah antarabangsa di ibu kota.  Bertempat di KL France International School, Sweet Homemade telah diberi sambutan yang amat menggalakkan dari pengunjung-pengunjung yang datang pada hari tersebut.  Pengunjung-pengunjungnya adalah terdiri daripada student-student Perancis serta parents mereka yang datang dari merata negara.  Ada yang comel dan tak kurang juga yang handsome-handsome..  Yang putih, yang hitam ada belaka!.  Disaat-saat akhir carnival tamat, booth Sweet Homemade telah menjadi tumpuan mereka kerana kami mengadakan jualan lelong!.  Oh yer, lupa plak nak citer produk yang kita bawa untuk dijual..  hehehehe.. excited punyer pasal sampai terlupa..   Sweet Homemade menjual Oreo Chocolates pelbagai design, Praline Chocolates, Mini Muffins, Carrot Cake serta Chocolate Moist (paling...

HAPPY BIRTHDAY SYAMEERA

Image
Terima kasih Lia dari Kota Damansara.  Lia order 50pcs oreo chocs varities design and flavors dan juga 50pcs lolichocs pelbagai design dan perisa bersempena dengan sambutan harijadi anak Lia - Syameera yang ke 10 tahun pada 4hb Julai yang lalu.  Kata Lia, Syameera suka sangat dengan Lolichoc yang diorder dari Sweet Homemade!   begitu juga dengan rakan-rakan Syameera. Anyway, terima kasih yer Lia dan pada Syameera aunty ucapkan 'Happy Birthday dan muga sihat dan panjang umur!'. hot from my oven