Posts

KLFI - KL FRANCE INTERNATIONAL SCHOOL'S CARNIVAL

Image
Pada 19hb Jun yang lalu, didalam kesibukan dan kekalutan menyiapkan pesanan-pesanan yang diterima, Sweet Homemade telah dipelawa untuk menyertai satu carnival sekolah antarabangsa di ibu kota.  Bertempat di KL France International School, Sweet Homemade telah diberi sambutan yang amat menggalakkan dari pengunjung-pengunjung yang datang pada hari tersebut.  Pengunjung-pengunjungnya adalah terdiri daripada student-student Perancis serta parents mereka yang datang dari merata negara.  Ada yang comel dan tak kurang juga yang handsome-handsome..  Yang putih, yang hitam ada belaka!.  Disaat-saat akhir carnival tamat, booth Sweet Homemade telah menjadi tumpuan mereka kerana kami mengadakan jualan lelong!.  Oh yer, lupa plak nak citer produk yang kita bawa untuk dijual..  hehehehe.. excited punyer pasal sampai terlupa..   Sweet Homemade menjual Oreo Chocolates pelbagai design, Praline Chocolates, Mini Muffins, Carrot Cake serta Chocolate Moist (paling...

HAPPY BIRTHDAY SYAMEERA

Image
Terima kasih Lia dari Kota Damansara.  Lia order 50pcs oreo chocs varities design and flavors dan juga 50pcs lolichocs pelbagai design dan perisa bersempena dengan sambutan harijadi anak Lia - Syameera yang ke 10 tahun pada 4hb Julai yang lalu.  Kata Lia, Syameera suka sangat dengan Lolichoc yang diorder dari Sweet Homemade!   begitu juga dengan rakan-rakan Syameera. Anyway, terima kasih yer Lia dan pada Syameera aunty ucapkan 'Happy Birthday dan muga sihat dan panjang umur!'. hot from my oven

Oreo Chocolate Coated

Image
Ramai diluar sana bertanya pada ct.. " akak tak buat coklat oreo ke?".. hehehe ada.. sebenarnya dah banyak jugaklah yang memesan coklat oreo yang lazat lagi berkoko nie.. Dan antaranya:- Lamanya tersimpan gambar coklat oreo yang dipesan oleh Puan Sharifah dari Bukit Jelutong, Shah Alam.  Sharifah order 50pcs oreo chocolates, 200pcs vanilla mini muffin dan 100pcs choc chips mini muffins pada 10hb June yang lalu.  Sharifah order untuk makan-makan serta nak bagi kat kawan-kawan ofis. Sorilah gambar coklat oreo nie amik half-half plak..  nak cepat pegi deliver, kalut jadinyer. Anyhow.. Sharifah amat berpuashati dengan oreo serta mini muffins yang diterima.  Terima kasih yer cik Pah! next time kita berurusniaga lagi yer!  from my oven

FAST FOODS COLLECTIONS!

Image
Idea nie datangnya sewaktu mencari sesuatu yang istimewa lain dari yang lain sebagai hadiah Birthday teman sekolah adik, anak ct yang bongsu.  Adik minta mamanya buatkan chocolate untuk diberikan kepada temannya.. cari punya cari.. jumpa yang ini. Bila dah siap.. terasa laparlah pulak.  Kata adik "mama, rasa macam nak makanlah sekarang!."  So, inilah antara new creations dari Sweet Homemade untuk anda semua. Yummy, yummy!! hot from my oven

Cup Cakes Hantaran untuk Syikin

Image
Cupcakes hantaran dipesan oleh Syikin dari D'Kayangan Seksyen 13 , Shah Alam.  Dulu Syikin dah pernah order lolies untuk majlis birthdaynya, dan kali ini Syikin minta pula cupcakes untuk dibuat sebagai hantaran pertunangan pakciknya.  Majlis telah berlangsung pada 19hb June yang lalu.  Tanpa tema yang diberi, dan inilah rupanya..  Masa pergi menghantar cuppies nie, tak jumpapun tuan punya pesanan. Dalam sms yang dikirim Syikin suka sangat dengan design tersebut dan sangat berpuas hati.  Terima kasih Syikin kerana repeat order dari Sweet Homemade dan credit juga kepada kawan ct, Puan Diyana atas pertolongannya. hot from my oven

Terima Kasih Diyana

Image
Lamanya tidak meng'up datekan' laman sesawang nie.  Nak berlama-lama didepan netbook nie pun tak dapat, sibuk ke? hurmmm  memang sibukpun! Tapi Alhamdulillah, dalam kesibukan serta kesuntukan waktu dapat juga ct menyiapkan beberapa pesanan dari teman-teman.  Jom layanz.. Yang ini untuk Cik Diyana dari Seksyen 7, Shah Alam.  Diyana minta 35pcs praline chocolates dengan bentuk 'hati' ber stripe pink dan green.  Diyana juga minta strawberry dan mint fillings untuk chocolates yang dibuat sebagai hantaran pertunangan beliau yang telah berlangsung pada hujung minggu lepas - 19hb June yang lalu.  Pada Diana, kami di  Sweet Homemade   mengucapkan selamat bertunang, muga jodoh berkekalan hingga bila-bila dan terima kasih kerana berurusan dengan Sweet Homemade! hot from my oven

Happy Father's Day!

Image
Happy Father's Day buat semua lelaki-lelaki yang bergelar ayah atau abah atau papa atau apa sahaja panggilan buat seorang lelaki yang mempunyai anak atau anak-anak..  Fida (kawan Afni) order 35pcs chocolate untuk diberikan kepada ayah tersayang bersempena dengan sambutan Hari Bapa yang lalu.  Fida turut juga memesan lolies untuk diberikan kepada anak-anak saudaranya yang datang berkumpul dirumah atoknya.   Testimoni dari Fida thru sms yang dikirim esok harinya : "tq.. so far.. good news. semua family fida suke.  Coklat tu tak muak, best sgt..  lolichoc anak buah suke sgt.. nanti bole order lagi!" Terima kasih Fida dan terima kasih semua! hot from my oven