Posts

FAST FOODS COLLECTIONS!

Image
Idea nie datangnya sewaktu mencari sesuatu yang istimewa lain dari yang lain sebagai hadiah Birthday teman sekolah adik, anak ct yang bongsu.  Adik minta mamanya buatkan chocolate untuk diberikan kepada temannya.. cari punya cari.. jumpa yang ini. Bila dah siap.. terasa laparlah pulak.  Kata adik "mama, rasa macam nak makanlah sekarang!."  So, inilah antara new creations dari Sweet Homemade untuk anda semua. Yummy, yummy!! hot from my oven

Cup Cakes Hantaran untuk Syikin

Image
Cupcakes hantaran dipesan oleh Syikin dari D'Kayangan Seksyen 13 , Shah Alam.  Dulu Syikin dah pernah order lolies untuk majlis birthdaynya, dan kali ini Syikin minta pula cupcakes untuk dibuat sebagai hantaran pertunangan pakciknya.  Majlis telah berlangsung pada 19hb June yang lalu.  Tanpa tema yang diberi, dan inilah rupanya..  Masa pergi menghantar cuppies nie, tak jumpapun tuan punya pesanan. Dalam sms yang dikirim Syikin suka sangat dengan design tersebut dan sangat berpuas hati.  Terima kasih Syikin kerana repeat order dari Sweet Homemade dan credit juga kepada kawan ct, Puan Diyana atas pertolongannya. hot from my oven

Terima Kasih Diyana

Image
Lamanya tidak meng'up datekan' laman sesawang nie.  Nak berlama-lama didepan netbook nie pun tak dapat, sibuk ke? hurmmm  memang sibukpun! Tapi Alhamdulillah, dalam kesibukan serta kesuntukan waktu dapat juga ct menyiapkan beberapa pesanan dari teman-teman.  Jom layanz.. Yang ini untuk Cik Diyana dari Seksyen 7, Shah Alam.  Diyana minta 35pcs praline chocolates dengan bentuk 'hati' ber stripe pink dan green.  Diyana juga minta strawberry dan mint fillings untuk chocolates yang dibuat sebagai hantaran pertunangan beliau yang telah berlangsung pada hujung minggu lepas - 19hb June yang lalu.  Pada Diana, kami di  Sweet Homemade   mengucapkan selamat bertunang, muga jodoh berkekalan hingga bila-bila dan terima kasih kerana berurusan dengan Sweet Homemade! hot from my oven

Happy Father's Day!

Image
Happy Father's Day buat semua lelaki-lelaki yang bergelar ayah atau abah atau papa atau apa sahaja panggilan buat seorang lelaki yang mempunyai anak atau anak-anak..  Fida (kawan Afni) order 35pcs chocolate untuk diberikan kepada ayah tersayang bersempena dengan sambutan Hari Bapa yang lalu.  Fida turut juga memesan lolies untuk diberikan kepada anak-anak saudaranya yang datang berkumpul dirumah atoknya.   Testimoni dari Fida thru sms yang dikirim esok harinya : "tq.. so far.. good news. semua family fida suke.  Coklat tu tak muak, best sgt..  lolichoc anak buah suke sgt.. nanti bole order lagi!" Terima kasih Fida dan terima kasih semua! hot from my oven

Terima Kasih Afni & Eka - repeated orders

Image
Ini merupakan kali kedua Afni dan juga Eka - Shah Alam Polytechnic student order chocolate dari kami di Sweet Homemade!. Kali pertama Afni memesan 9 biji cokelat , manakala Eka pulak memesan 35 biji birthday chocolate untuk ayahnya.  Cerita tentang mereka ada kami paparkan dalam entry yang terdahulu. Kali ini mereka berdua berkongsi memesan 40 batang lolies yang comel untuk diberikan kepada teman-teman sepejabat sebagai kenang-kenangan kerana mereka berdua dahpun tamat praktikal.  Dalam sms yang dikirim Eka dan Afni menyatakan terimakasih dan seronok sebab lolies2 tu comel-comel belaka dan rasanye pun sedap..! p/s :  terimakasih Afni.  Terima Kasih Eka!  hot from my oven

Terima kasih Nik

Image
This is a repeated orders from Nik - Bukit Jelutong. Nik minta 110 packs praline coklat dengan design rose dan strawberry dan flavor nyer strawberry.  Separuh untuk diberikan kepada kawan-kawan anak Nik disekolah bersempena dengan birthday anaknya dan selebihnya Nik berikan sebagai door gift untuk anak saudaranya yang melangsungkan perkahwinannya di Kota Bharu, Kelantan pada 6hb June yang lalu.  (baru ari  nie dapat meng'up loadkan gambar dan cerita, sorry yer Nik!)  Bukan itu sahaja Nik turut 'order 35 biji converture coklat sebagai hantaran perkahwinan anak saudaranya.   Sweet Homemade!  mengucapkan ribuan terima kasih kepada Nik yang menjadi pelanggan setia Sweet Homemade!  Terima kasih diatas sokongan yang diberikan selama ini. hot from my oven

One Thousand and Four Hundred pieces Mix Muffins!!

Image
Memang senang sangat berurusan dengan Lily nie.  Hantar email, tanya harga dan terus setuju.  Lily minta sebanyak 700 pack yang didalamnya ada dua biji mixed muffins.  Jadi keseluruhan totalnya ialah satu ribu dan empat ratus biji mini muffins.  Memang mencabar kesabaran dan ketahanan mental semasa proses membaking muffin-muffin nie.  Walau bagaimanapun, akhirnya ct dengan dibantu cik abang yang begitu setia membantu selesai membakinng, packing dan akhirnya menghantar muffins-muffins yang comel-comel lagi sedap nie ke majlis Lily pada malam 4hb June 2010 yang lalu.  Didalam gambar-gambar yang dipaparkan ini anda bole lihat setiap satu kotak mengandungi seratus pack kecil didalamnya.  Terdapat tujuh kotak semuanya untuk menempatkan 1,400 biji mini muffins.  Oh ya, dulu Lily pernah order coklat dari Sweet Homemade!  untuk majlis pernikahannya..  (cerita pasal nie ada kat dlm website Sweet Homemade! ) dan kali ini Lily repeat order dengan ...