Posts

Terima kasih Nik

Image
This is a repeated orders from Nik - Bukit Jelutong. Nik minta 110 packs praline coklat dengan design rose dan strawberry dan flavor nyer strawberry.  Separuh untuk diberikan kepada kawan-kawan anak Nik disekolah bersempena dengan birthday anaknya dan selebihnya Nik berikan sebagai door gift untuk anak saudaranya yang melangsungkan perkahwinannya di Kota Bharu, Kelantan pada 6hb June yang lalu.  (baru ari  nie dapat meng'up loadkan gambar dan cerita, sorry yer Nik!)  Bukan itu sahaja Nik turut 'order 35 biji converture coklat sebagai hantaran perkahwinan anak saudaranya.   Sweet Homemade!  mengucapkan ribuan terima kasih kepada Nik yang menjadi pelanggan setia Sweet Homemade!  Terima kasih diatas sokongan yang diberikan selama ini. hot from my oven

One Thousand and Four Hundred pieces Mix Muffins!!

Image
Memang senang sangat berurusan dengan Lily nie.  Hantar email, tanya harga dan terus setuju.  Lily minta sebanyak 700 pack yang didalamnya ada dua biji mixed muffins.  Jadi keseluruhan totalnya ialah satu ribu dan empat ratus biji mini muffins.  Memang mencabar kesabaran dan ketahanan mental semasa proses membaking muffin-muffin nie.  Walau bagaimanapun, akhirnya ct dengan dibantu cik abang yang begitu setia membantu selesai membakinng, packing dan akhirnya menghantar muffins-muffins yang comel-comel lagi sedap nie ke majlis Lily pada malam 4hb June 2010 yang lalu.  Didalam gambar-gambar yang dipaparkan ini anda bole lihat setiap satu kotak mengandungi seratus pack kecil didalamnya.  Terdapat tujuh kotak semuanya untuk menempatkan 1,400 biji mini muffins.  Oh ya, dulu Lily pernah order coklat dari Sweet Homemade!  untuk majlis pernikahannya..  (cerita pasal nie ada kat dlm website Sweet Homemade! ) dan kali ini Lily repeat order dengan ...

Terima Kasih Hanim

Image
Hanim membuat tempahan seawal sebulan yang lalu untuk birthday anak lelaki nyer yang ke sembilan tahun.  Anak Hanim nak celebrate birthdaynya pada tahun ini bersama teman-teman sekolahnya. Hanim minta dibuatkan sebanyak 50 batang lolies pelbagai design dengan perasa strawberry dan orange. Sewaktu menyerahkan lolies yang telah siap dipacking, Hanim nampak gembira dan teruja dengan penampilan (chewah..!!)  lolies dari Sweet Homemade!.   Ini merupakan order yang ketiga dari Hanim.  Sebelum ini, Hanim memesan mini muffins dan coklat moist untuk birthday anaknya.  Anyway, terima kasih banyak Hanim sebab repeat order dari akak yer!.  hot from my oven

Terima kasih orang Kuantan

Image
Ini adalah order dari rakan FB yang menetap di bandar Kuantan, Pahang. Cik Isma Hurul Aini..  emmph sedap namanyer, orangnya pun pasti sweet gitu se-sweet namanya disebut.  hehehehe.. Isma terima kasih sebab order dari Sweet Homemade!.   Isma mintak dibuatkan satu set 35biji untuk makan-makan (ini kira trial pack untuk Isma) dan satu set 35 biji untuk birthday buah hati nyer, Azlan yang ke 25 tahun.  Untung tuan punya birthday, orang yang disayang begitu romantis.  Kala memesan yg mcm bidan terjun sbb tinggal dua hari lagi birthdaynyer Isma mengutus msg mintak kirimkan coklat2 nie terus ke Kuantan. Aduyai.. nak ditolak, tak sampai hati sebab, "never say never, never say no!" walaupun ketika itu, begitu kritikalnya situasi ct yg sedang menyiapkan order-order yg diterima. Alhamdulillah, dalam kekalutan mengejar masa, siap jugak coklat2 Isma dan dahpun selamat sampai ke tangan Isma pada hari Jumaat (spt yg diminta) 4 June 2010.   Dalam conversatio...

Terima kasih Tok Mak

Image
Puan Hjh Esah atau 'Tok Mak' minta ct siapkan 100packs chocolate yang 2 sebilik, lolichocs sebanyak 100 batang dan mini muffins sebanyak 200 biji untuk makan-makan bersempena dengan majlis tahlil di rumah anak perempuan Tok Mak di Kg Melayu, Ampang pada 29hb Mei 2010 yang lalu.  Tok Mak gembira sungguh bila dapat tahu ct dahpun siapkan segala apa yang dipesan dan tertunailah sudah hajat di hati Tok Mak nak bagi tetamu sorang satu coklat-coklat dari Sweet Homemade! .   hot from my oven
Image
hot from my oven

Cupcakes Hantaran Untuk Yusri

Image
Wah lamanyer tak meng'update' blog..  Kesibukan yang tahap gaban tidak mengizinkan aku mengadap 'netbook' untuk aktiviti-aktiviti meng'update' nie.  Walaubagaimanapun, syukur Alhamdulillah, sesibuk manepun ct telah dapat menrealisasikan semua pesanan-pesanan yang diminta.  Sepanjang tempoh dua minggu 'membeku' (cooling off period) banyak pesanan yang telah disiapkan  dan diantaranya ialah:-  (nie nak kena susun yg mane satu awal dan yang mane satu akhir) lupalah mokcik nie ...  Cupcakes nie telah diminta oleh Encik Yusri untuk majlis pernikahan adiknya yang telah berlangsung pada 28hb Mei yang lalu.  Majlis telah berlangsung di Melaka.  Terima kasih Yusri kerana berurusniaga dengan "Sweet Homemade!" . hot from my oven