Posts

Cupcakes Hantaran Untuk Yusri

Image
Wah lamanyer tak meng'update' blog..  Kesibukan yang tahap gaban tidak mengizinkan aku mengadap 'netbook' untuk aktiviti-aktiviti meng'update' nie.  Walaubagaimanapun, syukur Alhamdulillah, sesibuk manepun ct telah dapat menrealisasikan semua pesanan-pesanan yang diminta.  Sepanjang tempoh dua minggu 'membeku' (cooling off period) banyak pesanan yang telah disiapkan  dan diantaranya ialah:-  (nie nak kena susun yg mane satu awal dan yang mane satu akhir) lupalah mokcik nie ...  Cupcakes nie telah diminta oleh Encik Yusri untuk majlis pernikahan adiknya yang telah berlangsung pada 28hb Mei yang lalu.  Majlis telah berlangsung di Melaka.  Terima kasih Yusri kerana berurusniaga dengan "Sweet Homemade!" . hot from my oven

Happy Mother's Day -I Love you Mom!

Image
This is a special request by Adik's school mate in conjuction with Mother's Day Celebration.  hot from my oven

Repeated Order from Nik Bukit Jelutong

Image
Puan Nik Zalini sekali lagi membuat pesanan chocolates dari Sweet Homemade! .  Kali nie Nik minta dibuatkan sepuluh kotak chocolate 4 biji dan empat kotak 9biji.  Kata Nik chocolate-chocolate nie nak diberikan kepada cikgu-cikgu yang mengajar anak-anaknya yang seramai empat orang tu bersempena dengan Sambutan Hari Guru pada esok hari 16hb Mei 2010.  Terima kasih yer Nik sebab ulang pesanan dari Sweet Homemade! Iyerlah esok hari guru... teringatlah pulak kepada guru-guru di SMK Jalan Stony, Kg Baru, Kuala Lumpur.  Terutamanya pada Puan Siti Rehani - guru jasmani (garang tapi penyayang), Puan Hjh Siti Zaharah - guru kelas, Datin Zainab - guru Bahasa Inggeris, Puan Hamidah - guru Bahasa Melayu dan Sastera dan.... alahai tak hengat dah.. ram kecik, memoripun ciput! hahaha.. hot from my oven

Thank you Hani - SRC Seksyen 13

Image
35 biji choklat nie ditempah oleh Hani dari SRC atau lebih dikenali dengan nama Singgahan Rasa Corner yang terletak di Seksyen 13, Shah Alam.  Hani nie merupakan adik kepada tuan punya restoran Singgahan Rasa dimana direstoran inilah selalunya ct dan kawan-kawan menikmati lunch ataupun tapau lauk  untuk bawa balik.  Hani order coklat ni untuk majlis pertunangan adik iparnya yang berlangsung hari Sabtu 15hb Mei 2010 (hari nie lah kan!.. hari pun terlupa daaa).  Oleh kerana Hani nie baru 1st time order dari Sweet Homemade dan sedang pregnant.. ct bawakan juga coklat untuk Hani rasa..  Sebaik coklat masuk kemulutnya.. "Kak... sedapnyer coklat akak nie! mcm rasa coklat ******* lah kak! dan kebetulan abang Hani pun berada kat restoran semasa ct g antar coklat nie pun turut merasa coklat dan ini testimoninya pulak.. "sedaplah, sedap betul! sebijik rasanyer mcm coklat tu! cantik pulak tu..! Terima kasih yer Hani atas pesanan dan compliments tu.. Nanti bila buat kerj...

Singapore here Sweet Homemade comes!

Image
Seventy pieces mixed mini cuppies ordered by Puan Leen from Najat Health Centre, Seksyen 7, Shah Alam.  Puan Leen order untuk dibawa pulang ke Singapura kerana ada kenduri doa selamat bersempena dengan pemergian beliau serta keluarga ke tanah suci Mekah untuk menunaikan umrah.  Jauh berjalan cuppies Sweet Homemade! nie yek!  Terima kasih Leen kerana sudi berurus niaga dengan Sweet Homemade! Dan ini testimoni yang diterima dari Leen petang tadi: "Terima kasih bnyk2 yerr ct sbb buatkan cuppies yang comel tu.  Sedapnyer cream tu, tak brape manis, sedang2 elok utk dimkn.  My kids sume suka sgt dgn cuppies you! next I will order somemore from you! thanks tie.."     Terima kasih gak kat awak Leen! hot from my oven

Combination of Choco Chips & Vanilla Mini Muffin

Image
Order nie diterima daripada Ruzita dari Bukit Jelutong.  Ita minta dibuatkan 70 Choc Chips & 70 vanilla mini muffin, serta 100 batang lolies pelbagai design dengan perasa strawberry dan sweet corn. Ita nak sambut birthday anak saudaranya yang ke 10 tahun.  Masa pergi menghantar pesanan Ita nie, anak saudara Ita ramai sekali kat rumah atoknya.  Riuh rendah budak-budak tu bila ternampak lolies yang ct bawakan itu.  Masing-masing berebut hendakkan design yg cantik-cantik dan comel!  Yang kelakar tukan.. ada yang bertanya "auntie nie coklat ke? bole makan ke? comel sgtlah..Alhamdulillah, kiranya coklat dari Sweet Homemade nie menepati citarasa dan telahpun dapat merealisasikan impian empunya badan!  Thank you so much yer!  next bole order lagi. hot from my oven

Fifty Pieces Colourfull Lolies!

Image
Puan Nik Zalini dari Bukit Jelutong, Shah Alam sekali lagi menjadi pelanggan Sweet Homemade!   Kali nie Nik minta dibuatkan 50 batang loli yang berwarna warni.  Kata Nik nak bagi kat anak-anak sedaranya makan-makan.  Tak tahulah bersempena event apa..  Dulu Nik order birthday cuppies untuk husband beliau, but this time order lolies dari Sweet Homemade! pulak.  Terima kasih bebanyak yek Nik on your support! Gambar diambil semasa dalam proses mem'packing'. hot from my oven