Posts

Thank you Wong - Shell TTDI Jaya

Image
This order placed by Mr Wong, Shell Station last Tuesday 20 April for his daughters.  Just for makan-makan.  Kita orang memang selalu antar keta kat worksyop Wong.  Actually this is the second time Wong ordered from "Sweet Homemade" .  Wong request varieties of chocolates and flavors.  Thank you so much Wong for your order.   hot from my oven

Mini Cuppies

Image
100 pieces mini chocolate moist cup cakes untuk majlis doa selamat yang diadakan di pejabat hujung minggu lepas.  Terima kasih pada KRK yang sudi memesan mini cuppies ini dari ct.  Rata-rata kawan2 yang merasa cuppies nie teruja dengan kecomelan serta rasa kek yang sedap ini.   hot from my oven

Happy Birthday Syikin!

Image
Order nie datangnya dari Cik Syikin dari d'Kayangan Seksyen 13, Shah Alam.  Syikin nie order macam bidan terjun gak lah..  tapi alhamdulillah, ct sempat menyiapkan tepat pada hari dan waktu yang dijanjikan.  Syikin nie senang sungguh berurusan dengan nya. Tak banyak tanya dan tak cerewet.  Tanya terus confirm jadi!!. Seronok  berurusan dengannya. Sebanyak 60 batang lolichocs yang begitu meriah mewarnai sambutan 'Birthday Party Syikin' malam tadi.  Muga Syikin dipanjangkan umur, sihat sentiasa dan bahagia selalu..  Terima kasih yer Syikin atas pesanan nie. hot from my oven

Thank you Afni

Image
Last wednesday 14 April, sempat memenuhi pesanan dari Afni - student Polytech Shah Alam.  Rupa-rupanya Afni nie jiran sebelah rumah aje..  What a small world!  Afni minta 9pcs chocolate berbentuk hati serta berwarna  pink  filling strawberry.  Dan inilah hasilnya.. TADA....!! Menurut kata Afni, coklat nie dia nak beri sebagai hadiah kepada 'teman'nya..  Anyhow, terima kasih banyak nyer Afni, next bole order lagi, tak payah cari orang jauh, orang sebelah rumah kan ada! hot from my oven

Sibuknyer dia..

Image
M inggu yang amat memenatkan..aduhai.. macam-macam kejadian yang berlaku diantara ruang waktu.  Sibuk? semua orangpun sibuk, cuma tahap kesibukan itu sahaja yang membezakan sibuk dengan tidaknya kita dengan orang lain..  dipejabat sibuk mengemas segala macam tok nenek dokumen (maklumlah ada dokumen yg terperap hampir 20 tahun dlm cabinet, malah tulisan kat kertas tu pun dah tak nampak ape bendanyapun!).   pungah punya punggah.. tergeliat gaklah urat belikat nie.  Balik ke rumah pulak, sibuk dengan order dari teman-teman..  Alhamdulillah, semuanya selamat sempurna dikendalikan dengan jayanya.  Time management is very important.  Kalau tak pandai menyusun dan mencuri waktu, memang parah..   Syukur Alhamdulillah, cik abang serta anak-anak sume memahami mamanya yang seorang ini.  Mama yang sentiasa sibuk tetapi masih ada waktu untuk mereka..  Okey melalut dah sampai kelaut entry nie yek..    hot from my oven

Terima Kasih Staff Nurse Nor Sa'adah

Image
Actually hantaran chocolate nie telah disiapkan dan dihantar kepada empunya badan pada hari Ahad lepas, 11hb April 2010 yang lalu.  Staff Nurse Nor Sa'adah dari Hospital Ampang minta disiapkan 35 biji chocolate dari 'Premium Selections' untuk dijadikan sebagai hantaran pertunangan anak saudaranya di Raub, Pahang. Dengan pelbagai design, bentuk, serta empat jenis flilling dan penuh warna warni (spt yang diminta) benar-benar membuat Nor Sa'adah teruja dan ini antara katanya sambil mata tak lepas memandang ke kotak chocolate. "Kak.. cantiknyer.. very colorfull.. comel plak tue.  Mesti sedap nie!"   Alhamdulillah, orang yang memesan suka dan berkenan dengan coklat yang telah dihasilkan nie.   Jom layan!   Mudah2an ikatan pertunangan ini akan berakhir ke jinjang pelamin dan seterusnya berkekalan hingga keujung nyawa. hot from my oven

Terima Kasih Yatie Section 8, Shah Alam

Image
Terima kasih pada Yatie dari Section 8, Shah Alam kerana sudi order 4 boxes of 4 pcs each & 2 boxes of 9 pcs chocholates dari " Sweet Homemade".    Sory yer Yatie sebab tak dapat nak deliver mlm tadi, kerana terpaksa bekejar kehospital.  Tapi pagi tadi chocolate yang dipesan dah pun selamat dihantarkan oleh anak bujang ct yang handsome tu  (hehehe mama mesti puji anak sendiri kan! pss mmg handsome tau!) Yatie minta flavor mocha, strawbery dan mint.  Harap Yatie satisfied dengan rasa chocolate Sweet Homemade! Terima kasih Yatie! hot from my oven