Posts

Selamat Bertunang...!!

Image
Gubahan 35 biji chocolates ini telah diminta oleh Puan Harliza dari IRR Putrajaya (boss cik abang kita tau!).  Puan Harliza minta dibuat sebagai hantaran pertunangan untuk diberi kepada anak jirannya yang akan bertunang esok - Sabtu 20hb Mac 2010.  Untungnya jiran Puan Harliza kerana dapat jiran yang begitu mengambil berat.   Mudah-mudahan pertunangan yang akan dilangsungkan esok, akan berakhir dijinjang pelamin dan kekal hingga hujung hayat..   hot from my oven

Cupcakes Hantaran Untuk Nisa

Image
Lama sungguh tak menata rias cup cakes...  Alhamdulillah, siap juga 12 biji chocolate moist cupcakes yang dipesan oleh Staff Nurse Nisa (comel orangnya) dari Hospital Ampang, dekat Pandan Indah.  Nisa order cupcakes dengan bertemakan white and purple bersempena dengan majlis pertunangan Nisa hujung minggu nie.  Semuga pertunangan Nisa ini akan berkekalan hingga kejinjang pelamin dan seterusnya kekal hingga ke ujung nyawa..  Amin.. hot from my oven

Vanilla and Choc Chips Mini Muffins

Image
Order nie datangnya dari Puan Ziela dari Seksyen 7, Shah Alam.  Puan Ziela order sebanyak 100 biji vanilla mini muffin dan 100 biji lagi choco chips mini muffins.  Katanya untuk makan-makan dengan kawan-kawan sempena dengan majlis kesyukuran dirumahnya.  Semasa ct pergi ngantar muffin nie kat rumah beliau, Puan Ziela terkejut sebab katanya... "emmm alahai, cutenyer muffin-muffin nie..!" Itu belum rasa lagi nie.. Ct harap Puan Ziela dan kawan-kawan enjoy makan dan berpuas hati dengan muffins yang dipesan..  Terima kasih daun keladi! hot from my oven

Dalam hati ada cinta..

Image
Itulah ungkapan paling tepat yang ct rasa patut diberi kepada sepasang kekasih yang sedang hangat bercinta.  Rasa bahagia aje masa bercinta nie..  Bila merajuk, ada yang memujuk..  Sebagai tanda kasih dan sayang Sdr Shah kepada pasangannya, Intan.  Harap-harap Intan dah cool, jangan tarik muka sgt2 dik.. Anyway akak harap keduanya kekal hingga kejinjang pelamin hendaknya.. Thank you Shah, next time kalau Sidia merajuk, kita bagi coklat yang lebih special yek! hot from my oven

Thank you cikgu Zaharah

Image
Thank you so much Cikgu Zaharah from Subang Jaya.  Cikgu orders 160 pcs loose chocolates with mint and strawberry fillings. Untuk jamu saudara mara yang datang kemajlis doa selamat dirumah baru beliau. Next time bolelah cikgu order lagi yek! hot from my oven

Terima kasih orang Penang!

Image
Inilah order dari Nona, teman sekerja yang meminta 300 packs mini muffin yang tiap satunya berisi 3 biji vanilla mini muffin dengan chocolate chips.   Keseluruhannya berjumlah 900 biji mini muffin yang telah berjaya disiapkan.  Mini muffins ini adalah sebagai door gift untuk perkahwinan anak saudara Nona yang sulung.  Anak Kak Long Nona yang menetap di Penang.  Nona memang sering order mini muffins dari ct.  Kalau balik Penang, mesti bawa balik muffins sebagai ole-ole.  Dan untuk majlis kahwin anak menakan Nona nie, kak longnya minta supaya Nona order muffin dari ct, sebab katanya...  "emmm  sedap!!'..  Terima kasih yer kak long dan terima kasih gak pada Nona sebab introduce muffin akak kat Penang..  hot from my oven

Never Say No, Never Say Never!!

Image
Baru aje habis membakar 130 pcs mini muffins yang dipesan Nona teman sekerja.. tapi sebenarnya masih ada 700 biji lagi yang perlu dibakar untuk Nona.  Tak larat nak bukak mata... hehehe ngantuklah teramatnyer.  Insya Allah, esok sambung lagi..   Bukan itu saje, Ina dari RHB yg order last week, tengahari tadi antar sms minta another 250 pcs mini muffins! suka benar Ina dengan muffin ct.  Alhamdulillah..  Bila nak?... semuanya nak hari Jumaat nie!  hot from my oven