Posts

Never Say No, Never Say Never!!

Image
Baru aje habis membakar 130 pcs mini muffins yang dipesan Nona teman sekerja.. tapi sebenarnya masih ada 700 biji lagi yang perlu dibakar untuk Nona.  Tak larat nak bukak mata... hehehe ngantuklah teramatnyer.  Insya Allah, esok sambung lagi..   Bukan itu saje, Ina dari RHB yg order last week, tengahari tadi antar sms minta another 250 pcs mini muffins! suka benar Ina dengan muffin ct.  Alhamdulillah..  Bila nak?... semuanya nak hari Jumaat nie!  hot from my oven

Mini Muffins again!!

Image
Mini muffins  ini diorder oleh Ina dari RHB Bank.  Ina nie ialah regular customer ct. Kali nie Ina order 100 pcs vanilla dan 100 pcs choc chips mini muffins.  Kata Ina untuk majlis harijadi anak saudaranya.  Anyway thank you Ina on your repeating orders!. hot from my oven

Muga berkekalan hingga ujung nyawa!

Image
Minggu nie memang agak sibuk jugak sebab kena menyiapkan order muffin yang tetiba aje masuk berlumba-lumba serta juga pesanan-pesanan coklat dan antaranya yang dipesan oleh Cik Lily dari Bandar Putra Permai, Seri Kembangan.  Cik Lily yang pada mulanya inginkan muffin tetapi menukar pesanan beliau seminggu sebelum majlis berlangsung.  Masa nak pergi hantar kerumah Cik Lily nie, kita orang pakai GPS.. kalau tak memang tak jumpa.  Anyway, Lily terima kasih diatas order 130 packs coklat tempoh hari.  Muga perkahwinan ini berkekalan hingga keakhir hayat.  Ini cik abang kita yang mem'acking' serta me'mackage' coklat yang hendak dihantar. hot from my oven

Choc Chips & Vanilla is still the best!!

Image
Terima kasih Puan Zuraidah dari Bistari Publications, Kota Damansara yang telah memesan 150 biji mini muffin untuk makan-makan dipejabatnya.  Ini adalah sebahagian dari muffin yang telah siap dibakar.  Dan terima kasih juga kepada Puan Latipah rakan sekerja Puan Zuraidah yang telah memesan 22 batang lolichocs bentuk bunga tulips(sori gambar tak amik, sbb kelam kabut nak pergi deliver) yang akan dibuat untuk hantaran pertunangan adik beliau hujung minggu 7 Mac 2010.  Harap-harap pertunangan adik beliau akan berakhir dgn majlis ijab kabul dan happily ever after! hot from my oven

Lolichocs Fiesta!

Image
Lolichoc ini merupakan kegilaan a.k.a kesukaan anak-anak.   Anak ct yang bongsu, 'adik' nama panggilan dirumah bawa lolichoc kesekolah.. Nak tahu ape citernyer..?  kawan-kawan seangkatan dengannya dah tengok, berkenanlah pulak..  Nak tahu sekali adik dapat order berape?  hehehe..  30 batang lolichoc yang berjaya dijual kepada kawan-kawan sekolahnya.  Next week mama kena buat lagi untuk adik..  Nie sebahagian dari lolichoc kawan-kawan adik. hot from my oven

Sorry teramat nyer...

Image
Minggu yang teramat sibuknyer..  Hingga terlepas pandang email-email yang dikirim.  Pada Laily dan Puan Shimah.. sorry yek, quotation dah pun saya hantar.  Pada laily, akak tengah siapkan tempahan awak nie..  Insya Allah siap tepat pada masa dan hari yang dijanjikan.. Insya Allah. Memang kalut sekejap, sebab sibuk menguruskan mak yang baru saje kuar dari hospital.  Mak tak berapa sihat sangat dan tempahan pulak kus semangat..  Alhamdulillah... tengah menyiapkan mengikut jadual..  Nanti bila dah siap semuanya, kita update entry k!..  Sebelum tu, Ahad lepas 28hb Februari menyiapkan tempahan mini muffin (loose order) sebanyak 200 biji dari Kak Mona untuk kenduri doa selamat.  Nie lah rupanyer.. hot from my oven

Combination of Mini Muffin & Chocolate

Image
Ordered by Puan Naemah untuk majlis cukur jambul, berendoi bersempena dengan majlis akikah anaknya yang ketiga.  Puan Naemah minta disediakan sebanyak 100 biji mini muffin (vanilla) dengan 100 biji coklat serta diletakkan dalam bekas.  Inilah rupanya tempahan Puan Naemah yang telah dimasukkan kedalam bekas-bekas comel.  Terima kasih Puan Naemah serta keluarga diatas pesanan ini.  Maaflah kerana tak dapat menghadirkan diri dimajlis yang diadakan. hot from my oven