Posts

Combination of Mini Muffin & Chocolate

Image
Ordered by Puan Naemah untuk majlis cukur jambul, berendoi bersempena dengan majlis akikah anaknya yang ketiga.  Puan Naemah minta disediakan sebanyak 100 biji mini muffin (vanilla) dengan 100 biji coklat serta diletakkan dalam bekas.  Inilah rupanya tempahan Puan Naemah yang telah dimasukkan kedalam bekas-bekas comel.  Terima kasih Puan Naemah serta keluarga diatas pesanan ini.  Maaflah kerana tak dapat menghadirkan diri dimajlis yang diadakan. hot from my oven

A Bouquet of Chocolates

Image
Request by Maizura for a farewell gift to her officemate who is leaving the company for a betterment..  All the best and good luck. hot from my oven

Ujian kesabaran tahap gaban..

Image
Lenguhnya kaki menekan pedal kereta.  Masuk gear satu, tukar gear dua, tukar balik gear satu.  Aduyai.. jalan sesak kalau kura-kura berjalanpun dah tentu-tentu kena lenyek dengan kereta yang banyak nie.  Perjalanan dari Shah Alam menuju ke Hospital Ampang melalui Bestraya, MRR2 sepatutnya memakan masa kurang lebih 30 ke 45 minit, tapi petang nie..  Masya Allah.. seawal jam 5.30 aku memecut kereta untuk segera sampai ke Hospital (waktu melawat sampai jam 7.00 mlm, security kat situ, punyalah strict, tak bole bertolak ansur langsung!), jam 6.30 aku masih berada di persimpangan Pandan Indah..  hujan lebat menemani aku sepanjang perjalanan dan didepan sana kelihatan tiga empat biji kereta berlaga sesama sendiri..  tadi ada dua biji yang kemalangan, dan yang nie pulak.. Apa2pun, syukur alhamdulillah, jam 6.45 aku dah berada didepan mak! hehehe kakak aku yg naik LRT dan Putra dari Kota Damansarapun dah tiba awal dari aku.  Apa nak buat.. Keadaan mak hari n...

Nutty Lolichocs for Birthday Bash!!

Image
20 pcs nutty lolichoc ordered by Zulaikha - Kota Damansara sempena dengan birthday celebration puterinya yang ke lapan tahun Ahad semalam.  Order macam bidan terjun, nasib tak terjun sekali.. hehehe.. Anyway Ika, thank you so much.  Hopefully the birthday girl and friends enjoy having the lolichoc.    Dan pagi nie, seawal jam 9.30 pagi, satu sms masuk dari Ika.. "Terima kasih sebab buatkan choklat yg sedap tu, budak2 tu sume suka sgt sbb lain dari yang lain, selalu makan lolipop yg dibuat dari gula-gula, tapi yg nie dari coklat!.."  Thank you once again Ika..

My new friend..

Image
Bertemu buat kali pertama semasa sama-sama menziarahi mak di hospital tempoh hari.  Sewaktu menunggu diruang menanti di CCU kami sempat bersembang dan aku sempat jugak mempromosikan coklat yang aku buat.  Kebetulan memang aku ada membawa beberapa biji coklat untuk diberirasa kepada anak-anak buahku, Sandra turut juga berpeluang merasanya.  Sebaik merasa, Sandra terus memesan 40 biji coklat untuk dihadiahkan bersempena dengan harijadi kakak dan kawannya. Dan esok kala bertemu buat kali kedua, Sandra place another order, dan kali ini untuk dihadiahkan kepada buah hatinya bersempena dengan 14 Februari yang lalu. Thank you Sandra!! 

Chocolate with chocolate foil..

Image
100 pieces loose order bentuk heart ini diorder oleh Era untuk dijadikan barang hantaran perkahwinannya.  Order nie diminta last minute. Dengan berbagai warna tampak begitu meriah dengan chocolate foil yang dibungkus rapi. hot from my oven

One Thousand and Five hundred pieces!!

Image
Dalam kekalutan berulang alek ke hospital, menjaga mak yang masih terlantar dikatil hospital, Alhamdulillah dapat juga aku menyiapkan order dari Mie dan suaminya bersempena dengan majlis persandingan mereka yang berlangsung hari ini.  Mie order sebanyak 1000 biji coklat pelbagai design, warna dan perisa, serta 500 batang lolichoc untuk dijadikan door gift.  Hampir saja aku give up ketika melaksanakan tugasan ini.  Mana taknya, berlari mengejar waktu yang seakan tidak mencukupi 24 jam sehari bagi aku.  Tapi Alhamdulillah, Allah mengurniakan aku dengan kesihatan yang baik serta ketabahan yang jitu sepanjang tempoh menyiapkan 1000 biji coklat dan 500 batang lolichoc yang dipesan serta menyiapkan tujuh dulang hantaran pihak pengantin lelaki (percaya atau tidak aku menyiapkan kesemua 7 dulang hantaran dalam masa 5 jam!).  Terima kasih kepada cik abang kita serta anak-anak... Nina dan adik yang begitu setia membantu dan menemani mamanya.. Sayang awak semua.  Okey...