Posts

Happy Birthday Encik Suami

Image
Chocolate Moist Cake istimewa khas buat encik suamiku yang tersayang..  Mudah2an Allah panjangkan umur dan sihat tubuh badan dan fikiran..  Cake nie teramatnyalah istimewa selain dari rasanya yang sangat-sangatlah nyummy... Fillingnya ialah cheese choco moose dan amat-amatlah terasa coklatnya... Ini saje yang tinggal...  T hot from my oven

Happy Birthday Emak!

Image
Ini adalah merupakan kek harijadi Ibu mertua ct.  Alhamdulillah, emak masih sihat tubuh badan dan masih tajam ingatannya walaupun dah melangkah ke 86 tahun.  Rasa gembira sungguh sebab percubaan yang tidak sia-sia.  Berdebar-debar juga bimbang kalau filling yang kat dalam kek tu tak menjadi dan tak ada apa yang istimewapun mengenai birthday kek mak nie.  Jom kita tengok k!  Inilah hasilnya.. TADA...!!!  Ini adalah gambar setelah kek dipotong.  Nampak tak heart shape tu? ha.. itu yg ct cakapkan tadi.. Filingnya ct buatkan cream cheese chocolate mousse. Kek ini toppingnya adalah coklat dan alphabet yang kat atas kek tu juga diperbuat daripada coklat sepenuhnya. Rasanye?  hurmmm sungguh nyummy!  semua suka.  Alhamdulillah..  

Blueberry Cheese Cake & Lovely Lolies

Image
Sebanyak 50 batang lolies pelbagai design telah diminta oleh Puan Azlina dari Puchong bersempena dengan birthday anak-anak buah beliau yang lahir dalam bulan Februari.  Azlina juga minta dibuatkan sebiji blueberry cheese cake untuk dibuat makan-makan semasa birthday party tu nanti.  Jom layan. Terima kasih Azlina dan semuga berpuasa hati dengan lolies chocolate dan juga blueberry cheese cake dari Sweet Homemade! hot from my oven

Baked Cheese Cake

Image
Sempena dengan sambutan Tahun Baru Cina, jiran kami yang dulu duduk disebelah rumah (kini dah berpindah dan menetap di Bukit Jelutong) minta ct buatkan sebiji Cheese cake untuk dimakan bersama keluarga dan rakan-rakan sempena dengan tahun baru mereka.  Harap Mrs Lim berpuas hati dengan baked cheese cake seperti yang diminta. Terima kasih diatas urus niaga ini yer .. hot from my oven

Strawberry Cheese Cake & Chocolate Cake

Image
Gambar yang dah lama tersimpan.  Ini hasil kerja ct hasil dari pembelajaran dari Loveliana.  Rose tu diperbuat dari coklat, kek kat dalam tupun coklat kek.  Sedap bercoklat! Sedapnyer!  Ini hasil air tangan ct hasil pembelajaran dari Noni.  Cake yang sangatlah cheezy nya dengan rasa buah strawberi yang asli.  Cheezylicous! Terima kasih sifu-sifu!  Jasamu ku kenang..  hot from my oven

Selamat Pengantin Baru Arif & Zailina

Image
Sebanyak 300 packs bersamaan dengan 600 biji coklat telah dipesan untuk meraikan majlis perkahwinan Arif dan pasangannya Zailina yang telah diadakan di Dewan Komuniti, Penjara Kajang. Majlis diadakan pada 22hb Januari yang lalu.  Semuga perkahwinan yang dibina ini bahagia selamanya. hot from my oven

Two Thousand Pieces Praline & 200 pcs Oreo Chocs

Image
Ini adalah sebahagian daripada 2000 biji choklat yang telah dimasukkan kedalam sushi box. Manakala yang ini pula ialah coklat-coklat yang telah diisi kedalam pouch berwarna biru iaitu tema majlis perkahwinan Cik Solehah Hj Abd Rahim dan pasangannya Dr Ahmad Faisal Badaruddin.  Majlis telah diadakan pada Sabtu, 8hb Januari 2011 di Shah Alam. Cik Solehah juga telah memesan 200 biji choklat oreo pelbagai design sebagai tambahan cenderahati majlis perkahwinan beliau. Kami di Sweethomemade, mengucapkan Selamat Pengantin Baru dan semuga kekal bahagia hingga keujung nyawa. hot from my oven